BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Remaja Perempuan 13 Tahun Maut Terjatuh Kondominium

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80
1dee902a880350a82d79eabab75acfad69e6ed5d4b7b7

Kredit: PDRM

Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah kondominium di Tanjung Tokong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 6.45 petang.

Beliau berkata siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 16, dan ditemukan tidak sedarkan diri di tingkat lapan kondominium berkenaan pada 5.49 petang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Rozak berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat, dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, selain Laporan Mati Mengejut (LMM) telah dibuka bagi melengkapkan siasatan.

 
Back
Top
Log in Register