BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bomba Tamatkan Operasi SAR Orang Hilang Di Lahad Datu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Bomba Tamatkan Operasi SAR Orang Hilang Di Lahad Datu​

df21ea6e0ba6dea701e9445a1b90db716a201c8a4a720

Kredit: JBPM Sabah

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang hilang ketika mencari sarang burung walit bersama-sama dua rakannya di Gua Tepadung di sini ditamatkan hari ini selepas mangsa ditemukan selamat di kawasan ladang kelapa sawit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata operasi itu, yang dimulakan pada 10.20 pagi, ditamatkan pada 2.50 petang selepas menerima maklumat berhubung penemuan Ismail Ibrahim, 61, di ladang berkenaan pada 12.43 tengah hari.

"Pemeriksaan kesihatan dijalankan sebelum mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Ismail dilaporkan hilang pada 26 Mei lepas dan usaha mencarinya oleh rakan dan ahli keluarga berdepan jalan buntu.

Polis kemudian menerima laporan berkaitan kehilangan mangsa pada Ahad lepas sebelum operasi SAR dilaksanakan yang turut melibatkan pihak bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.

 
Back
Top
Log in Register