BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Debate Body Shaming | HAPUSKAN BUDAYA INI

dalam dunia kita x boleh halang mulut anjing ngan babi berbadan manusia.. tu adalah perkara wajib atas dunia yang mana nak elak nak lari hanya sementara ja dapat lari..

pada aku seburuk buruk body shaming buruk lg melayu jenis suka bersangka baik jenis nak tutup aib.. sebab itu perkara seperti pura pura dan al munafikun untuk elak sebarkan kesan perkara negatif perbuatan negatif tuk pelajaran melayu melayu lain untuk tidak buat dan ulang perkara negatif tersebut.. nie x dok buat bermuka muka.. cam ******.. yang salah berkata salah.. yang benar berkata benar..

dalam dunia nie setakat body shaming kena ada daya tahan hadap baru boleh survive dengan bergaya..

ya..betul...

sbb tu islam ni perfect....bagi aku, mmg perfect...dan adil..

islam mengajar utk tak menyakiti org lain dgn suka2....
tapi pada masa sama, islam mengajar juga supaya "MANGSA YANG DISAKITI" itu untuk "BERSABAR"....

contoh lain, ISLAM ajar org perempuan tutup aurat...tp pada masa sama, lelaki pun kene belajar tundukkan pandangan..

so, pasal tadi,
betul la ko ckp....mmg betul kita tak leh sakitkan org lain suka2....tapi pada masa yg sama, nak tak nak, kita tetap kena belajar bersabar dan hadap saja apa2 yg negatif dlm hidup...

1. jangan sakitkan org lain
2. bersabar jika kita pula yg disakiti
 
Nak hapus macam mana TT ?

budaya membahan seseorang dari segi bentuk badan, gaya bahasa, gaya kelakuan, tingkah laku, warna kulit , dll dibuat secara sepontan dengan niat..

ianya tidak lain bertujuan untuk menyakitkan hati, membuat orang sekeliling ketawa, bergurau senda dll..

aku anggap budaya ini sukar dihapuskan..

___

Cemuhan (kata-kata yg di*maksudkan utk mengejek atau menghina; ejekan )

biasanya melibatkan lidah manusia dalam berkata2..

untuk betul2 memahami isu ini..

ianya haruslah kembali kepada hati manusia (niat dia berkata2)..

___

Untuk mendapat gambaran umum model islam..

Keindahan akhlak seorang akan menjadikan seseorang itu manusia yang beradab..

Adab/Tabiat atau kebiasaan sebagai perlakuan atau tingkah laku yang diamalkan secara berulang ulang dengan ikhlas dari dalam jiwa (hati).

___

Untuk capai tahap model yang dibawa dalam islam ( iaitu menerusi akhlak nabi )
Ianya patut dimulakan diawal peringkat kanak2, diasuh dengan menerangkan secara berulang2 kali akan sifat2 baik(terpuji) dan memahami sifat2 keji (terkeji)..

Perbuatan yang berulang2 akan membawa kepada penghayatan dalam jiwa rohani manusia(kanak2)..

sekian perkongsian aku berkaitan dengan body shaming..

____

Perihal Diri Sendiri

aku pun terlibat sama dalam membahan orang lain kerana x merasa bersalah..

namun aku ada guideline dalam membahan seseorang..

1) Kenalan rapat sahaja..
2) Kena lihat respond dahulu..
3) Bersiap sedia dengan ucapan mohon maaf jika mereka sentap :">

Kalau nak cerita time kecik2.. mmg selalu duk kena bahan.. :))

terima kasih kongsi guideline...betul juga tu..
sbb kadang2 kita manusia kdg2 TAK SENGAJA tersakitkan hati org...

aku duk bukak topik ni sebenarnya bkn sbb aku rasa aku suci...haha..
tapi aku pun sama...ni pun peringatan untuk diri sendiri jugak sebenarnya...
 
ikut agama...ada 2 keadaan...untuk lebih berhati hati dalam mengeluarkan perkataan yang keluar dari mulut...

keadaan pertama :

apabila di yakini gurauan itu tidak menyakiti hati si kawan...jika si kawan merasa hati dengan guraun tersebut..ia adalah body shaming

keadaan kedua :

si kawan jenis tak kisah..jika ia di panggil dengan panggilan sebegitu...dan orang lain turut sama memanggil dia dengan panggilan begitu tanpa dia sedikit pun rasa kecik hati..malah dia merelakan...

tengok situasi juga CMM...sbb perbuatan kita ke atas rakan itu bergantung kepada tahap penerimaan diri nya...

wallhuhalam

terima kasih share...betul jugak tu...aku setuju..
mcm aku sendiri, kalau org ckp aku perut buncit, aku ok je... :D

tp tgk jugak, kalau dh panjang berjeler dia duk kutuk2 pasal perut tak habis2, kdg2 rasa nk marah gak....haha...
 
Orang pompuan jer yang jenis sentap body shaming ni..

Lelaki ko kutuk sampai berasap mulut pun x apa..

Dia wat derk jer..
 
ya..betul...

sbb tu islam ni perfect....bagi aku, mmg perfect...dan adil..

islam mengajar utk tak menyakiti org lain dgn suka2....
tapi pada masa sama, islam mengajar juga supaya "MANGSA YANG DISAKITI" itu untuk "BERSABAR"....

contoh lain, ISLAM ajar org perempuan tutup aurat...tp pada masa sama, lelaki pun kene belajar tundukkan pandangan..

so, pasal tadi,
betul la ko ckp....mmg betul kita tak leh sakitkan org lain suka2....tapi pada masa yg sama, nak tak nak, kita tetap kena belajar bersabar dan hadap saja apa2 yg negatif dlm hidup...

1. jangan sakitkan org lain
2. bersabar jika kita pula yg disakiti

TT

Semua agama mengajar penganutnya hidup SEHAT sejahtera, aman dan damai
Itu la perlu nya agama

Ada tak agama yg mengajar penganut nya supaya jd gemok?
Ada tak agama yg mengajar penganut supaya mengutuk mengkeji org?

Takde satu pun agama yg mengajar penganut nya jd gemuk & mengkeji org

Jd bagaimana mereka bole gemuk?
Bagaimana pula mereka yg suka mengutuk?

Bole la kita katakan mereka sebenar nya:-
> tidak beragama atau
> ingkar pd tuntutan agama
> berpura2, nama lain nya munafik

Betul tak?
 
Orang pompuan jer yang jenis sentap body shaming ni..

Lelaki ko kutuk sampai berasap mulut pun x apa..

Dia wat derk jer..

bos, jgn bos....

sebenarnya lelaki pun ramai cepat koyak...

kawan aku sendiri pun ada...kbetulan aku pun ada kwn yg mulut jilaka...
hampir2 nk bergaduh ...haha..tapi nasib baik dia jenis tak berdendam...seeloknya jgn berdendam lah......

kita manusia ni lemah je sebenarnya..

kalau tak percaya, try la sekali berbakul-baku ko malukan kawan ko dgn cara mengutuk bdn dia...try....lama2 koyak tu boss...

sebenarnya tgk keadaan jgk la...biasanya aku tak da effect pun..
tapi aku tak leh berlagak sgt...haha
aku rasa kalau berbakul2 aku kena kutuk atau kebetulan waktu tu aku tgh stress ada masalah lain, mungkin mental aku akan koyak waktu tu...aku yakin... :D

tp tu lah, apa-apa pun, kena belajar bersabar ....
 
Last edited:
TT

Semua agama mengajar penganutnya hidup SEHAT sejahtera, aman dan damai
Itu la perlu nya agama

Ada tak agama yg mengajar penganut nya supaya jd gemok?
Ada tak agama yg mengajar penganut supaya mengutuk mengkeji org?

Takde satu pun agama yg mengajar penganut nya jd gemuk & mengkeji org

Jd bagaimana mereka bole gemuk?
Bagaimana pula mereka yg suka mengutuk?

Bole la kita katakan mereka sebenar nya:-
> tidak beragama atau
> ingkar pd tuntutan agama
> berpura2, nama lain nya munafik

Betul tak?

ya,,, betul2..apa yg ko ckp tu sebanarnya banyak part yg aku setuju....

tapi ada sikit aku nak selit....
kalau kita kutuk BODY seseorang ni, mcm tak adil pulak...
contoh org tu mmg ditakdirkan muka tak berapa lawa/segak....
ataupun org tu ditimpa penyakit kulit..
ataupun dari kecik mmg gemuk....
bukannya dia taknak rawat, tapi mungkin dia tgh usaha...
tapi still ada org kutuk,, so aku rasa yg tu mcm tak berapa adil...

kalau perbuatan "mengutuk" ni,, mmg jelas2 benda tu boleh dikawal kecuali org tu TIDAK WARAS...kalau dia waras, dia akan boleh "CUBA" untuk kurangkan kutuk org...

kutuk perbuatan jahat yg jelas2 berdosa, aku rasa ok lagi.....tapi kalau kutuk "sesuatu yg langsung tak memberi mudharat kt org lain" ni, aku rasa tak elok mcm tu...
 
TT

Semua agama mengajar penganutnya hidup SEHAT sejahtera, aman dan damai
Itu la perlu nya agama

Ada tak agama yg mengajar penganut nya supaya jd gemok?
Ada tak agama yg mengajar penganut supaya mengutuk mengkeji org?

Takde satu pun agama yg mengajar penganut nya jd gemuk & mengkeji org

Jd bagaimana mereka bole gemuk?
Bagaimana pula mereka yg suka mengutuk?

Bole la kita katakan mereka sebenar nya:-
> tidak beragama atau
> ingkar pd tuntutan agama
> berpura2, nama lain nya munafik

Betul tak?

Jd ko nak cakap sesiapa yg gemuk adalah tidak beragama, ingkar pada tuntutan agama, berpura2 atau munafik?

Jauh sgt ko pergi ni...

X baik bro cmtu terasa org... Nak berforum pun ingat2 la sikit

Yg mengkeji org tu xpe lg tp ko nak cakap org yg gemuk ni sampai tahap tu x sedap la
 
Sorry

Aku merujuk pd TT
Bukan pd sesiapa
 
Back
Top
Log in Register