afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
BN-PN boleh menang 25 DUN di N Sembilan, kata Ahmad Maslan
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Ahmad Maslan berkata BN akan membentangkan manifesto pilihan raya yang lebih baik daripada Pakatan Harapan. (Gambar Bernama)
Beliau berkata persefahaman antara BN dan PN pada PRN Negeri Sembilan memungkinkan 25 daripada 36 kerusi DUN bakal dimenangi, lapor Berita Harian.
“Di Negeri Sembilan ini saya tidak nak meramal dari segi jumlah, tapi kemungkinan 25 kerusi jadi milik BN-PN.
“Keyakinan saya ialah BN akan memerintah Negeri Sembilan,” katanya ketika melawat Pusat Media Kementerian Komunikasi, di Seremban.
Ahmad juga berkata persefahaman BN-PN adalah langkah strategik dan taktikal bagi memastikan undi Melayu tidak berpecah sehingga memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).
Pada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini, BN bertanding di 25 DUN dan PN 11 DUN manakala PH yang bertanding solo meletakkan calon di semua 36 kerusi. Bersatu pula bertanding di 24 DUN.
Mengulas mengenai manifesto pilihan raya, Ahmad yang juga timbalan menteri kerja raya berkata kandungan manifesto BN adalah lebih baik daripada manifesto PH yang dilancarkan semalam.
“Kita pada peringkat akhir menyiapkannya (manifesto). Saya yakin isi kandungan manifesto BN akan lebih baik daripada manifesto PH,” katanya.
Menurutnya, antara perkara akan diberikan perhatian dalam manifesto BN ialah peluang pekerjaan, pendidikan, latihan kemahiran, perumahan, keharmonian antara kaum, dan usaha mengembangkan syiar Islam.