BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PN arah ahli, penyokong undi 25 calon BN di N Sembilan

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

PN arah ahli, penyokong undi 25 calon BN di N Sembilan​

ac52cbfa-12_takiyuddin_hassan_perikatan_nasional_gemas_moganraj_fmt_22072026-copy-2.jpg

Takiyuddin Hassan dedah persefahaman BN dan PN dicapai pada 14 Julai, empat hari sebelum penamaan calon PRN Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata semua ahli parti komponen PN perlu mematuhi arahan pucuk pimpinan bagi memastikan kerjasama BN-PN berjaya memenangi PRN dan seterusnya membentuk kerajaan Negeri Sembilan.

“Ahli PAS dan semua ahli parti komponen PN perlu terikat dengan arahan kita,” katanya selepas ceramah bagi Gemas, Gemencheh dan Repah di Felda Bukit Rokan, malam tadi.

Sebelum ini, Pengerusi BN Zahid Hamidi turut mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon PN di Negeri Sembilan, sambil menyifatkan kerjasama berkenaan sebagai suatu realiti politik.

Ketika berucap pada ceramah itu, Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS turut mengarahkan semua ahli parti berkenaan di Parlimen Tampin mengundi calon BN dan PN di tiga kerusi terbabit, termasuk calon MCA.

“Saya sebagai setiausaha agung PAS, selain setiausaha agung PN, menyeru dan lebih daripada itu mengarahkan semua ahli PAS di Parlimen Tampin supaya keluar menyokong calon BN Suhaimizan Bizar di Gemencheh dan calon PN Ridzuan Ahmad di Gemas.

“Jangan lupa calon MCA, Koh Kim Swee, di Repah. Kita mahu menumbangkan PH.

“Ini arahan saya sebagai setiausaha agung PAS. Ahli PAS wajib keluar mengundi seperti kita diarahkan di Johor untuk menentang calon PH dan memenangkan calon BN, tidak kira daripada Umno, MCA atau MIC,” katanya.

Takiyuddin turut mendedahkan persefahaman antara BN dan PN bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan dicapai pada 14 Julai, empat hari sebelum hari penamaan calon.

“Inilah PN dan BN, satu barisan yang tidak boleh dipisahkan lagi selama-lamanya,” katanya.
 
Kerusi chennah bakal sengit
 
Back
Top
Log in Register