BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS Perak seru Adun Umno-BN undi calon senator PN

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

PAS Perak seru Adun Umno-BN undi calon senator PN​

6a5075cc-5a9a-40f2-a73a-58eb6d32ba76-Berhanudin-Ahmad-Muktamar-040926.jpg

Perwakilan PAS Perak, Berhanudin Ahmad berkata DUN Perak yang bersidang minggu depan akan mengundi untuk memilih seorang senator yang terdiri daripada calon PH dan PN.

Perwakilan PAS Perak, Berhanudin Ahmad, berkata pemilihan senator itu boleh dijadikan sebagai ‘pembuka tirai’ kepada usaha membina semula permuafakatan antara PAS dan Umno di negeri itu.

“InsyaAllah minggu depan sidang DUN Perak dan ada agenda pemilihan senator. Dua calon dikemukakan, satu Pakatan Harapan (PH) daripada PKR dan satu calon daripada PN (PAS).

“Apa salahnya Adun Umno dan BN mengundi calon daripada PN dalam pemilihan senator ini sebagai membuka tirai muafakat di Perak,” katanya ketika membahas ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa.

Berhanudin berkata, PAS Perak bersedia membuka ruang seluas-luasnya untuk memulakan rundingan awal dengan Umno dan BN demi kesejahteraan politik negeri serta agenda penyatuan ummah.

Katanya, permuafakatan bukan sekadar membabitkan kerjasama antara parti, sebaliknya perlu bermula dengan kesatuan dalam parti dan penghormatan terhadap institusi kepimpinan.

Menurutnya, Presiden PAS Hadi Awang telah lama membawa gagasan ‘Penyatuan Ummah’, malah gagasan itu menurutnya muncul lebih awal berbanding gagasan ‘Rumah Bangsa’.

Beliau berkata antara punca hubungan PAS dengan rakan komponen dalam PN menjadi renggang ialah hilangnya permuafakatan, kepercayaan dan keserasian antara parti.

“PN sebagai sebuah gabungan parti yang saling sandar menyandar dan bantu membantu perlu memperkukuhkan permuafakatan, kepercayaan dan keserasian antara parti.

“Mesej yang jelas perlu diberi keyakinan kepada rakyat bahawa PN benar-benar membawa agenda penyatuan dan keharmonian, serta mampu menjadi alternatif kepada kerajaan sedia ada,” katanya.

Katanya, kepentingan politik Melayu-Islam juga perlu diberi keutamaan tanpa menafikan kepentingan kaum lain.

Berhanudin turut memetik pandangan ahli falsafah Aristotle mengenai kehidupan bernegara yang sepatutnya diarahkan kepada ‘kebaikan bersama’ atau ‘common good’, bukannya kepentingan individu atau golongan tertentu.

“Inilah konsep muafakat yang PAS bawa iaitu memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan.

“Muafakat bukan bermaksud semua orang mesti mempunyai pandangan yang sama, tetapi bersedia berunding, bertolak ansur dan mencari persamaan untuk memberi manfaat kepada kepentingan bersama,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register