BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Akar umbi tiada masalah undi calon BN-PN, harap noktah ‘perpecahan’

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Akar umbi tiada masalah undi calon BN-PN, harap noktah ‘perpecahan’​

542c2b01-bn-pas-prn-n9.jpg

Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bekerjasama dalam PRN Negeri Sembilan dengan masing-masing bertanding 25 dan 11 kerusi daripada 36 DUN.

Justeru, mereka menyambut baik kerjasama itu yang akan diterjemahkan pada pilihan raya berlangsung 1 Ogos ini, selain tiada masalah menerimanya kerana akur keputusan dibuat kepimpinan.

“Kami tiada masalah. Kami ikut keputusan pimpinan. Jika itu arahan pimpinan, kami akan patuh. Sebelum ini kami pernah bersama BN, dan kali ini jika bersama semula, kami bersyukur,” kata penyokong PN, Mohamad Yusof Abdullah, 78, ketika ditemui FMT.

Penyokong BN, Noorizan Karim, 49, pula berkata kerjasama itu diyakini mampu meningkatkan sokongan di peringkat akar umbi, termasuk membabitkan pengundi PN di kerusi ditandingi BN.

“Saya rasa kali ini undi daripada penyokong PN akan berpihak kepada BN selepas kita menjalinkan kerjasama. Di peringkat akar umbi Umno, kami tiada masalah dengan PAS dan PN.

“Penyokong PN akan memberi undi kepada calon BN, manakala penyokong BN akan memberi undi kepada calon PN. Saya yakin jumlah undi juga akan meningkat di kerusi yang kita tandingi,” katanya.

Bagi penyokong PN, Jefri Baharom, 60, kerjasama itu disifatkan membawa suasana positif dalam kalangan masyarakat setempat.

“Semuanya berjalan lancar apabila BN dan PN bekerjasama di Negeri Sembilan. Orang kampung di peringkat akar umbi juga begitu teruja dan suasananya sangat meriah.

“Penyatuan ummah inilah yang diharapkan oleh akar umbi Umno. Kami berharap tiada lagi perpecahan dan kerjasama ini bukan sahaja di Negeri Sembilan, malah diperluaskan ke seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penyokong BN, Mohd Zuki, 61, berkata kerjasama antara kedua-dua gabungan penting bagi mengukuhkan peluang merampas semula pentadbiran negeri.

“Tiada masalah jika penyokong BN menyokong calon PN dan penyokong PN menyokong calon BN kerana kami berpandukan keputusan pimpinan. Akar umbi Umno juga menerima kerjasama ini demi kebaikan bersama.

“Saya yakin tiada masalah atau isu penyokong beralih memberikan sokongan di kerusi tidak ditandingi BN,” katanya.

Pandangan sama turut dikongsi penyokong PN, Abu Ubaidah, 38, yang menyifatkan ia langkah tepat dan berharap diteruskan pada masa depan.

“Tiada masalah ahli PAS menyokong calon BN. Semuanya boleh dibincangkan dengan baik. Kami berharap tiada lagi perpecahan antara BN dan PN pada masa akan datang,” katanya.

Semalam, Presiden PAS Hadi Awang menyifatkan kerjasama PN dan BN ‘lebih daripada berkahwin’ justeru gabungan tersebut akan saling membantu dalam kempen di PRN Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, beliau berkata kerjasama rasmi antara PN-BN akan dimuktamadkan dan dinilai dari semasa ke semasa.

PRN Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertembungan PH, Bersatu dan BN-PN.

PH bertanding di semua 36 DUN, manakala BN-PN masing-masing 25 dan 11 kerusi, sementara Bersatu yang menggunakan lambang sendiri mencuba nasib di 24 kerusi sekali gus bertembung sesama sendiri dengan sekutu dalam PN.
 
Back
Top
Log in Register