afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,223
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,223
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Umno tak undi saya dahulu, pakatan BN-PN bukan ancaman, kata Bakri
Bakri Sawir sekali lagi dipilih PH di DUN Klawang yang diwakilinya sejak 2018.
Sekali lagi dipilih mewakili PH, Bakri berkata kerjasama itu bukan ancaman kerana mendakwa penyokong Umno-BN tidak pernah benar-benar mengalihkan sokongan kepadanya tiga tahun lalu.
“Pada PRN 2023, kononnya kami bersama (kerjasama PH-BN), tetapi saya dikhianati kerana mereka tidak mengundi saya.
“Jadi, senarionya sama sahaja apabila BN dan PN bekerjasama sekarang,” katanya kepada FMT.
Pada PRN lalu, Bakri menang DUN Klawang dengan majoriti 577 undi dalam pertandingan tiga penjuru termasuk dengan Danni Rais dari Perikatan Nasional (PN).
Bakri dan Danni sekali lagi bertembung pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos depan, selain Muhammad Adib Musa dari Bersatu.
Mengulas dakwaan penutupan beberapa bilik gerakan Umno selepas calonnya tidak dipilih di kerusi berkenaan, Bakri berkata keadaan itu boleh memberi kelebihan kepadanya.
“Keadaan itu sebenarnya memudahkan saya menang di Klawang dan saya mengharapkan majoriti melebihi 1,000 undi,” katanya.
Bakri turut berpandangan pertandingan tiga penjuru kali ini boleh memihak kepada PH berikutan perpecahan sokongan antara calon PN dan Bersatu.
“Adib akan menarik undi daripada kumpulan mereka sendiri manakala undi Danni tidak akan bertambah,” dakwanya.
Bagaimanapun, beliau enggan mengharapkan kelemahan lawan dalam mempertahankan kerusi itu dan telah meningkatkan gerak kerjanya.
“Apa yang perlu saya lakukan ialah meningkatkan pendekatan secara bersemuka dengan pengundi Melayu untuk menarik sokongan mereka,” katanya.
Bakri juga berpegang kepada rekod perkhidmatannya di DUN Klawang sejak 2018 dalam misi menyumbangkan kerusi berkenaan kepada PH.
Ujarnya, 80% aduan penduduk telah diselesaikan sepanjang dua penggal perkhidmatannyan dan jika dipilih, isu gangguan bekalan air didakwa sering berlaku selepas hujan antara permasalahan akan diatasinya.
“Loji rawatan air sedia ada tidak mampu memproses air mentah yang terlalu keruh ketika hujan lebat, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan berulang,” katanya.