BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bisnes ceramic club kena serbu

Penbiru

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,580
Joined
Jan 12, 2008
Messages
35,580
Reaction score
8,694
Points
481
Aku baru dapat call dari member aku, dia cakap dalam jam 1.00 tgh hari ni Bisnes Ceramic kena serbu.Nanti tgk la berita malam ni.Ada ke tidak.
 
adei....napa lak kenas serbu.... punah harapan
 
uih..kalo betul bisa jadi berita paling panas kat cg nih..#:-S
 
panas.......biar betik......
 
http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=1881&lang=bm

Ref No: 07/09/08

Embargo: Untuk Siaran Segera
Bank Negara Malaysia Siasat Asia Ceramic Estet Sdn Bhd

Bank Negara Malaysia telah memulakan siasatan terhadap Asia Ceramic Sdn Bhd di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Seksyen 25(1) BAFIA 1989 melarang mana-mana individu untuk memperoleh, mengambil atau menerima deposit tanpa lesen yang sah, sementara Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 menghalang mana-mana individu daripada terlibat dalam, atau cuba untuk melibatkan diri dalam, atau bersubahat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

Serbuan terhadap Asia Ceramic Sdn Bhd telah dibuat di premis syarikat di Kuala Lumpur berikutan maklumat yang diterima daripada orang ramai. Aset dan dokumen syarikat yang berkaitan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan skim pengambilan deposit dan skim pelaburan yang ditawarkan melalui pelbagai saluran seperti Internet, panggilan telefon, atau seminar anjuran individu atau syarikat yang tidak diberikan lesen atau diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Orang ramai boleh merujuk kepada senarai institusi berlesen yang dibenarkan untuk mengambil deposit di laman sesawang Bank Negara Malaysia ( www.bnm.gov.my ).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di pusat perhubungan berikut:

BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel: 1 -300-88-5465
Faks: 03-21741515
E-mel: [email protected]

BNMLINK (Pusat Perkhidmatan Pelanggan)
Blok D, Bank Negara Malaysia,
Jalan Dato' Onn,
50480, Kuala Lumpur
(Waktu urusan: Isnin - Jumaat, 9.00 pagi - 5.00 petang)



Bank Negara Malaysia
23 Julai 2009

© Bank Negara Malaysia, 2009. All rights reserved.
 
Back
Top
Log in Register