BTC USD 108,912 Gold USD 3,312.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Investor Chat Nenek 80 tahun kena tipu RM10.4 juta labur kripto

notepad

Legendary Member
gem
Messages
15,750
Joined
Sep 17, 2011
Messages
15,750
Reaction score
2,179
Points
266
Awards
1
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (tengah). - foto BERNAMA

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf (tengah). - foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Wanita warga emas yang juga pesara kerugian RM10 juta selepas terpedaya dengan pelaburan berasaskan mata wang kripto dikenali 'Accerx.Com.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, berkata JSJK simpatikerugian besar yang dialami oleh mangsa berusia 80 tahun yang ditipu dalam skim pelaburan tidak wujud.

Menurutnya, melalui satu laporan polis yang dibuat semalam, mangsa yang juga seorang pesara memaklumkan mula menyertai skim pelaburan itu setelah dimasukkan ke dalam kumpulan sembang WhatApps yang mempromosikan skim pelaburan berasaskan mata wang kripto dikenali sebagai 'accerx.com'.

"Melalui kumpulan sembang itu, mangsa berurusan dengan seorang lelaki yang kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto.

"Mangsa diminta untuk membuat bayaran balik setelah pembelian kripto itu berjaya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, terpedaya dengan helah yang digunakan, mangsa membuat 13 transaksi bayaran ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat yang berbeza membabitkan keseluruhan wang yang dibayar adalah RM10,455,288.
"Mangsa mulai sangsi dengan kesahihan pelaburan itu apabila masih diminta untuk membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan.

"Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, JSJK memberi jaminan siasatan yang sewajarnya akan dilaksanakan bagi memastikan sindiket penipuan pelaburan ini dapat ditumpaskan.

"Sebagai langkah pencegahan, orang ramai khususnya warga emas adalah dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan atas talian yang dipromosikan melalui laman sosial.

"Lakukan semakan dengan agensi yang berkaitan termasuklah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM)sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan," katanya.

Katanya, sebarang nasihat atau maklumat lanjut, orang ramai bolehlah menghubungi balai polis berhampiran atau mengemukakan pertanyaan kepada CCID infoline melalui talian 0132111222.


 
Sponsored Post

Polis siasat penipuan kripto Accerx libat kerugian lebih RM40 juta​

2515941.jpg

Polis buka sebanyak 49 kertas siasatan berhubung kes penipuan pelaburan mata wang kripto dikenali Accerx libat kerugian lebih RM40.7 juta. Gambar kecil: Ramli



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia membuka sebanyak 49 kertas siasatan berhubung kes penipuan pelaburan mata wang kripto dikenali Accerx melibatkan kerugian lebih RM40.7 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, sebanyak 45 daripada 49 kertas siasatan dilaporkan dalam tempoh sembilan hari.

"Ia termasuk kerugian terbesar yang dialami oleh seorang wanita berusia 80 tahun kerugian RM10.4 juta selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan itu di Perak, pada Jumaat lalu," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan mangsa warga emas itu disyaki mula menyertai skim pelaburan terbabit setelah dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp yang mempromosikan skim berasaskan mata wang kripto.

Ramli dilaporkan berkata, melalui kumpulan itu, mangsa telah berurusan dengan seorang lelaki kononnya akan mendahulukan wang untuk pembelian kripto.

Mangsa kemudian diminta membuat bayaran balik setelah pembelian kripto berjaya.

Terpedaya dengan helah digunakan, mangsa telah membuat 13 transaksi ke beberapa akaun bank atas nama lapan syarikat berjumlah RM10.4 juta.

Katanya, mangsa mula sangsi dengan kesahihan pelaburan itu apabila diminta untuk membuat beberapa bayaran tambahan atas pelbagai alasan.

Artikel Berkaitan:


Dalam kes berlainan, JSJK turut menerima laporan pada 18 Januari membabitkan kerugian RM1.2 juta daripada seorang pesara berusia 74 tahun yang terlibat dalam pelaburan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.


 
Sponsored Post

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register