kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Bernama Perlu Terus Jadi Sumber Berita Diyakini Dalam Era AI - KPE
Warga Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) perlu terus mendukung etika kewartawanan dan memastikan setiap kandungan dihasilkan berasaskan fakta yang sahih, benar serta tepat, khususnya dalam era digital yang berdepan cabaran kecerdasan buatan (AI) dan deepfake.
Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin berkata Bernama, yang kini mencecah usia 59 tahun, perlu terus relevan sebagai sumber berita yang diyakini dan dipercayai di Malaysia.
"Pada era digital khususnya zaman AI, deepfake dan sebagainya, sebagai wartawan kita perlu lebih berwaspada dan berhati-hati, selain memastikan sumber yang digunakan adalah dipercayai dan sahih seperti yang sentiasa didukung Bernama.
"Jadi saya berharap dan sering menekankan kepada warga kerja, khususnya di Jabatan Pengarang supaya terus mendukung etika kewartawanan serta memastikan kandungan dan karya yang dihasilkan adalah sahih, benar, betul serta tepat faktanya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Ulang Tahun Bernama ke-59 di Lobi Wisma Bernama di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Mohd Shukri Ishak, Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Harlina Samson, Ketua Perkhidmatan Pengurusan dan Kewangan Sharifah Zaini Syed Zain dan Ketua Komersial Mastura Hassan.
Bernama Perlu Terus Jadi Sumber Berita Diyakini Dalam Era AI - KPE
Bernama Perlu Terus Jadi Sumber Berita Diyakini Da