BTC USD 116,063 Gold USD 3,323.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Berani Dedah Rahsia Sebenar Kedai Ayam ‘Viral’, Lelaki Sedia Dibuang Kerja

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
43,185
Joined
Apr 15, 2012
Messages
43,185
Reaction score
4,534
Points
266
Awards
1
5D1082B0-391B-41EA-A47A-3A2780AD14F0.png

TRENDING
Berani Dedah Rahsia Sebenar Kedai Ayam ‘Viral’, Lelaki Sedia Jika Dibuang Kerja

Ingat lagi dulu ada satu kedai jual ayam ni pernah viral dekat laman sosial dan ramai kata yang ayam ni jauh lagi sedap daripada Ayam Uncle Bob. Korang yang selalu pergi ‘mall’ mesti perasankan ada satu kedai makanan segera yang jual ayam sama macam Ayam Uncle Bob? Haaa tapi ayam yang ni versi ‘mall’ punyalah dan harga pun hampir kurang sama.

Jujurnya agak terkejut dengan tinjauan yang dibuat oleh Team Oh! Media di Twitter semalam, apabila seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Naddy (@esdeath__) berkongsi beberapa keping gampar ‘screenshoot’ yang diambil daripada Instagram milik kawannya.

Paparan ‘screenshot’ asal itu telah dimuat naik oleh seorang lelaki yang dikatakan bekerja sebagai penghantar ayam dan dia juga turut ditugaskan untuk menghantar ayam ke premis-premis di kompleks membeli-belah.

Lebih mengejutkan apabila dia mendedahkan bahawa ayam ‘viral’ yang menjadi kesukaaan ramai orang itu sebenarnya telah menggunakan ayam tebuk (ayam yang tidak disembelih secara kaedah Islam) dalam penyediaan menu kegemaran ramai itu.

9A532B04-0235-4669-A231-F9C5A224194C.jpeg

Paparan ‘screenshot’ yang dikongsikan oleh Naddy di akaun Twitternya.

Naddy turut berkongsi paparan video yang dimuat naik lelaki itu yang mengaku bahawa dia telah menghantar sendiri bekalan ayam tebuk tersebut ke premis itu yang terletak di Aman Central, Alor Star. (Video asal telah pun dipadam oleh Naddy)

Untuk pengetahuan semua, saya sendiri yang hantar ayam dekat situ dan apa yang saya cakap ni pun, saya dah bersedia kalau dibuang kerja.
Saya tak kisah pun kalau kena buang kerja, yang penting saya boleh bagitahu kepada semua orang Islam kita yang benda (ayam) tu kita tak boleh makan. – Kata lelaki itu di dalam video.
Selain itu, Naddy juga dikatakan telah menghantar (DM) keseluruhan paparan ‘screenshot’ dan video daripada ‘tweet’ itu kepada Twitter rasmi JAKIM untuk dibuat siasatan lebih lanjut.

08AAFD3D-1639-4DB3-B0ED-6084E3AA4F1C-553x600.jpeg

Dah siap bagi video apa semua. Jadi kalau terbukti salah, saya ‘delete tweet’ ini. – Tulis Naddy di Twitter.
Rata-rata netizen di Twitter turut mengutarakan pandangan masing-masing dan ada juga yang turut bedebat mengenai isu sijil halal yang telah dimiliki oleh premis itu dibeberapa lokasi yang lain.

2095B87D-F943-4A98-955A-87AF818F3FB4-443x600.jpeg

0EA27682-6E61-473D-8F8C-2115AF390C5E-734x600.jpeg

01DEC0C8-DD85-4BDB-9605-49F83F7A01A2.jpeg

0D48ADBB-556A-4499-B0C7-BC78BB6965D4.jpeg


Jadi, kesimpulannya tak semua ‘outlet’ dah peroleh sijil halal. Tapi disebabkan ada sesetengah ‘outlet’ yang dah dapat sijil halal, jadi ada netizen-netizen yang menggangap yang ianya halal untuk dimakan. Apapun benar sekali kenyataan ‘kita sebagai pengguna haruslah bijak dalam membuat pilihan‘

sumber - https://ohmedia.my/trending/lelaki-dedah-rahsia-sebenar-kedai-ayam-viral-siap-sedia-dibuang-kerja/
 
Sponsored Post

aku nak ketawa dan gelak dan guling....demi nafsu perut....terus jadi mcm keldai makan apa saja tak fikir halal dan haram....aku dah cakap dulu...kalau peniaga bukan Islam takkan nak ambil bekalana dgn org Islam....

hahahahah makan lagi..soooooooo shedaoooooppppp
 
Kedai ni mmg xde sijil halal kan..
Franchise tapi supplier lain2 bergantung outlet..


umat Islam sekarang tak kira dah....golongan muda muda....takde nak fikir dah halal haram...kalau makanan tu viral dan trend....mcm tak sempat esok berebut nak gi makan....bagus bagus....makan byk byk makanan tak halal
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register