BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Di Kecam Beri Tulang Ayam Kepada Gelandangan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916


Dikecam beri tulang ayam kepada gelandangan


PETALING JAYA – Tiga pemuda dikecam orang ramai apabila memberikan makanan sisa tulang ayam berserta nasi kepada seorang gelandangan.

Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan tiga pemuda tersebut berkunjung ke restoran makanan segera dan mereka membeli ayam serta makan di situ.

Kemudian, mereka menyatakan mahu membuat kerja kebajikan dan seorang daripada pemuda itu memberitahu, tulang ayam berkenaan tidak boleh dibuang.

Mereka mengumpulkan tulang-tulang ayam tersebut dan meletakkannya di dalam nasi kononnya bagi mengelakkan pembaziran.

Pemuda itu memberitahu, tulang berkenaan boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Selepas keluar dari restoran makanan segera, mereka dilihat memberikan nasi yang dibungkus bersama tulang-tulang ayam kepada gelandangan selain anjing jalanan.

Selepas dikecam orang ramai, seorang daripada pemuda tersebut telah memuat naik video baharu pada Instagram mengatakan mereka membuat kandungan berkenaan dengan persetujuan gelandangan itu.

“Semua orang sangka kami bagi tulang ayam kepadanya. Kami tanya dia boleh tak berlakon sama-sama untuk rakam video.

“Kami telah bagi dia makanan sempurna,
Saya mohon maaf kepada semua, maaf,” katanya yang berkongsi video telah memberikan set makanan ayam goreng berserta nasi kepada gelandangan itu.

Biarpun terdapat permohonan maaf, orang ramai meninggalkan pelbagai komen yang marah dengan perbuatan mereka lebih-lebih lagi ‘prank’ tersebut.

“Konten sampah, tak peduli lah sama ada anda telah rancang atau tak, tapi video begini menunjukkan seperti anda tidak menghormati orang miskin atau pengemis,” komen pengguna Instagram eda_mohd62.

“Sama ada berpakat atau tidak, saya tak nampak apa perkara baik dalam video ini. Semata-mata tiga orang seronok bergelak ketawa dan menghina gelandangan,” marah eethengee.

“Nak beri bantuan tapi perlukah menghina terlebih dahulu? Keluarga anda ajar beginikah?,” komen qingwei_3232. – KOSMO! ONLINE

Sumber : Kosmo Online

04.08.2025 - Tiga pemuda dikecam orang ramai apabila memberikan makanan sisa tulang ayam berserta nasi kepada seorang gelandangan. Menerusi video yang tular di media sosial, kelihatan tiga pemuda tersebut berkunjung ke restoran makanan segera dan mereka membeli ayam serta makan di situ. Kemudian, mereka menyatakan mahu membuat kerja kebajikan dan seorang daripada pemuda itu memberitahu, tulang ayam berkenaan tidak boleh dibuang. Mereka mengumpulkan tulang-tulang ayam tersebut dan meletakkannya di dalam nasi kononnya bagi mengelakkan pembaziran. Pemuda itu memberitahu, tulang berkenaan boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan. Selepas keluar dari restoran makanan segera, mereka dilihat memberikan nasi yang dibungkus bersama tulang-tulang ayam kepada gelandangan selain anjing jalanan. Selepas dikecam orang ramai, seorang daripada pemuda tersebut telah memuat naik video baharu pada Instagram mengatakan mereka membuat kandungan berkenaan dengan persetujuan gelandangan itu. “Semua orang sangka kami bagi tulang ayam kepadanya. Kami tanya dia boleh tak berlakon sama-sama untuk rakam video.

“Kami telah bagi dia makanan sempurna, Saya mohon maaf kepada semua, maaf,” katanya yang berkongsi video telah memberikan set makanan ayam goreng berserta nasi kepada gelandangan itu.

Biarpun terdapat permohonan maaf, orang ramai meninggalkan pelbagai komen yang marah dengan perbuatan mereka lebih-lebih lagi ‘prank’ tersebut.

“Konten sampah, tak peduli lah sama ada anda telah rancang atau tak, tapi video begini menunjukkan seperti anda tidak menghormati orang miskin atau pengemis,” komen pengguna Instagram eda_mohd62.
“Sama ada berpakat atau tidak, saya tak nampak apa perkara baik dalam video ini. Semata-mata tiga orang seronok bergelak ketawa dan menghina gelandangan,” marah eethengee.

“Nak beri bantuan tapi perlukah menghina terlebih dahulu? Keluarga anda ajar beginikah?,” komen qingwei_3232.
1754299846373.png

 
Last edited by a moderator:
Beri Gelandangan Makan Nasi Dengan Tulang, Ini Penerangan ‘Content Creator’

Tular sebuah video yang membuatkan orang ramai berang di mana sekumpulan pencipta kandungan dilihat memberikan makanan berisi nasi dengan sisa tulang yang telah dimakan oleh mereka kepada gelandangan. Susulan dikecam teruk, salah seorang pencipta kandungan terbabit telah tampil memberikan penjelasan berikutan video yang dimuat naik telah disalah tafsir menurutnya.

“Ok semua, saya hari ini nak buat klarifikasi berkenaan insiden tulang ayam. Semua orang menyangka kami memberi makan tulang ayam kepada gelandangan tersebut. Kami tidak memberikan makan tulang ayam kepadanya. Pada mulanya mengikuti lelaki gelandangan itu. Ia hanya pertembungan. Ini hanyalah untuk pembikinan video dan kami akan memberikan set lengkap berisi dua ketul ayam untuk lelaki gelandangan tersebut,” jelasnya.

Boleh dikatakan pencipta kandungan itu sedia berkolabarasi bersama lelaki gelandangan itu dalam pembikinan konten tersebut dan memberikan satu set lengkap ayam dan nasi baru sebagai upah. Katanya, niatnya pada awal memang mahu memberi pertolongan kepada masyarakat sekaligus memberikan kesedaran kepada orang ramai. Oleh itu, mereka mendapat persetujuan untuk membikin video sedemikian bersama lelaki gelandangan terbabit dengan membuat video seumpama eksperimen sosial. Mengakui akan kesalahan berkenaan, dia meminta orang ramai untuk memberikan peluang sekali lagi untuk berbakti semula kepada masyarakat. Bagaimanapun, di ruangan komentar masih dihujani mesej berbaur kemarahan dan kecaman akan tindakan pencipta konten terbabit yang bukan sahaja merendah-rendahkan martabat orang lain malah ketandusan idea konten yang berkualiti.
 
MCMC Siasat Video Gelandangan Di Beri Sisa Makanan

05.08.2025 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah memulakan siasatan susulan aduan orang ramai berhubung penyebaran video memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan. MCMC dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pihaknya memandang serius tindakan menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata untuk hiburan murahan, menjana tontonan serta menimbulkan keresahan orang ramai.

"Penyebaran kandungan yang merendah atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika, malah mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan siasatan terhadap kandungan itu sedang dijalankan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah. Menurut kenyataan itu, MCMC komited dan tegas memastikan ruang siber tidak disalahgunakan, sejajar dengan usaha mengekalkan kedaulatan undang-undang dan keharmonian masyarakat.

"Orang ramai diingatkan agar tidak menyebar atau memuat naik sebarang kandungan bersifat provokasi yang boleh menjejaskan ketenteraman awam. Sebarang perkongsian kandungan jelik melampau, palsu atau berunsur ancaman boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 [Akta 588]. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda sehingga RM500,000, dipenjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali,” menurut MCMC

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...-siasat-video-gelandangan-diberi-sisa-makanan
 
Pemimpin MCA Gesa Dakwa Pempengaruh Aksi 'Tulang Ayam'

05.08.2025 - Pemimpin MCA telah menggesa Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk mempertimbangkan untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap tiga pempengaruh yang terlibat dalam klip video tular memaparkan aksi mereka memberikan sisa tulang ayam KFC kepada seorang gelandangan. Melabelkan video itu sebagai "sangat mengganggu dan tidak boleh diterima", Pengerusi Beliawanis MCA Ivone Low Yi Wen menegaskan bahawa mereka yang terlibat dalam aksi itu mesti bertanggungjawab atas kelakuan mereka. Dia menekankan bahawa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, tindakan boleh diambil terhadap mana-mana kandungan dalam talian yang menyinggung perasaan, tidak senonoh atau dicipta dengan niat untuk menjengkelkan, menyalahgunakan atau mengganggu.

"Undang-undang ini wujud untuk melindungi orang ramai daripada kandungan dalam talian yang berbahaya atau kesat. (Video kontroversial itu) bukan sahaja melanggar maruah asas manusia, tetapi juga menghantar mesej yang salah kepada orang lain yang mungkin menganggap mengeksploitasi golongan rentan untuk mendapatkan perhatian adalah boleh diterima. Sekurang-kurangnya, individu (pempengaruh) ini harus diberi khidmat masyarakat, mungkin di pusat perlindungan gelandangan, untuk benar-benar merenung dan membantu orang yang mereka ejek dalam video mereka" kata Low dalam satu kenyataan hari ini.

Awal hari ini, MCMC berkata ia telah melancarkan siasatan terhadap video tular itu, yang disifatkan sebagai eksploitatif dan sangat tidak beretika. Sambil mengingatkan netizen supaya tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan provokatif yang boleh membawa kepada kegelisahan awam dan menggalakkan tingkah laku tidak beretika, suruhanjaya itu menegaskan bahawa kes itu sedang disiasat di bawah peruntukan undang-undang sedia ada, dengan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang didapati bersalah. Merujuk kepada permohonan maaf yang dikeluarkan sebelum ini oleh pempengaruh yang terlibat dalam video itu, Low berkata rayuan untuk pengampunan sedemikian tidak meminggirkan hakikat bahawa video itu adalah "lakonan publisiti yang tidak difikirkan dengan baik."

"Permintaan maaf yang dibuat hanya selepas tindak balas orang ramai tidak mencerminkan penyesalan sebenar. (Sebaliknya), ia mencerminkan penyesalan kerana ditangkap dan diselar dalam talian. Isu yang membimbangkan ialah jika video itu tidak menjadi tular, adakah pelakunya akan meminta maaf sama sekali? Itulah sebabnya kita mesti mengambil tindakan undang-undang dan tidak berlembut dengan hukuman," tambahnya.

Dia juga berkata bahawa walaupun lelaki gelandangan itu telah bersetuju untuk dirakam terlebih dahulu, tiada sesiapa yang patut dihidangkan tulang ayam dalam makanan. Dalam video itu, yang tular dalam talian awal semalam, tiga lelaki muda dilihat sedang menikmati hidangan di kedai KFC sebelum meletakkan tulang ayam mereka dalam sebungkus nasi dan membungkus makanan itu. Ketiga-tiga mereka kemudian menghampiri seorang lelaki yang terbaring di sebuah lorong dan memberikannya bungkusan makanan. Selepas meninggalkan kawasan itu, pempengaruh itu kemudian memberi makan kepingan ayam kepada seekor anjing. Salah seorang individu dalam talian yang terlibat dalam video itu kemudian mendakwa bahawa klip itu dirakam dengan persetujuan lelaki gelandangan itu dan bertujuan untuk menjana kandungan "amal".
1754381493059.png
 
MCMC Rakam Keterangan Tiga Individu

05.08.2025 - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan. Kenyataan MCMC memaklumkan rakaman keterangan dan siasatan lanjut berhubung perkara itu telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor hari ini selain menyita tiga telefon bimbit dan tiga kad SIM bagi membantu siasatan. Menurut MCMC, kandungan video itu dipercayai bersifat jelik melampau dan telah mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan warganet selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.
1754391190811.png

Kenyataan itu memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Tinjauan Bernama di platform TikTok mendapati video berdurasi hampir dua minit itu, yang dimuat naik oleh beberapa pemilik akaun, memaparkan tiga remaja lelaki dipercayai memberikan nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan yang tidur di kaki lima.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/751278
 
Ram Tak Marah Di Beri Sisa Tulang, Maafkan Perbuatan Adik-Adik

07.08.2025 - Seorang gelandangan di Johor Bahru, yang tular video dia diberi makan sisa makanan dan tulang ayam, tidak marah dengan perbuatan itu. Lelaki 49 tahun di Jalan Meldrum itu, yang hanya dikenali sebagai Ram (bukan nama sebenar) juga berkata, dia tidak pasti tujuan mereka berbuat demikian.

"Saya terkial-kial apabila disapa oleh tiga remaja itu kerana masih baring ketika itu dan tidak sangka bungkusan mereka bawa itu adalah sisa makanan. Terkejut (saya) apabila mendapati bungkusan itu ada sisa makanan, tapi tak marah sebaliknya hanya ucapkan terima kasih kepada mereka. Ketika itu juga, mereka beri bungkusan berbeza mengandungi makanan,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian.​

1754547089283.png

Ram juga berkata, dia hanya menyedari video tular itu selepas dimaklumkan pengunjung kawasan ini yang turut kecewa dengan perbuatan tersebut. Video berdurasi kurang seminit itu memaparkan tiga remaja berkenaan menikmati ayam goreng di sebuah restoran makanan segera sebelum meletakkan tulang ke dalam bungkusan dan kemudian menyerahkan sisa makanan kepada lelaki berkenaan. Dalam video itu, wajah Ram kelihatan terkejut apabila membuka bungkusan dan melihat kandungannya, namun tetap mengucapkan terima kasih.

"Saya maafkan perbuatan mereka dan berharap ia tidak berulang kepada gelandangan lain. Selepas kejadian itu, beberapa penduduk datang jumpa saya, bagi makanan dan bertanya khabar, malah ada yang mohon maaf atas perbuatan tiga remaja itu," katanya lagi .

Portal Berita Harian juga memetik penganggur yang fasih berbahasa Inggeris berasal dari Perak itu sebagai memberitahu bahawa dia sudah lama bergelandangan. Dia juga dilaporkan berkata dia memandang positif apa yang berlaku dan menganggap kumpulan remaja terbabit sebagai adik serta berharap isu berkenaan diselesaikan dengan baik. Seorang daripada remaja berkenaan kemudian memohon maaf atas tindakan yang mengundang kecaman warga maya itu. Sementara itu, Bernama melaporkan tiga iremaja yang memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan baru-baru ini dibebaskan dengan jaminan polis petang semalam. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata remaja lelaki berusia 14, 18 dan 19 tahun itu dibawa dari Johor untuk direman di Seremban pada Selasa bagi proses rakaman keterangan.​

1754547103359.png

“Terdapat laporan polis dibuat di daerah ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan tiga individu dipercayai pempengaruh media sosial berhubung penyebaran video yang memaparkan mereka memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan. MCMC dalam kenyataan memaklumkan rakaman keterangan dan siasatan lanjut berhubung perkara itu telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 5 Ogos selain menyita tiga telefon bimbit dan tiga kad SIM bagi membantu siasatan. Menurut MCMC, kandungan video itu dipercayai bersifat jelik melampau dan telah mencetuskan kemarahan serta kecaman meluas dalam kalangan netizen selain menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini. Kenyataan itu memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Tinjauan Bernama di platform TikTok mendapati video berdurasi hampir dua minit itu, yang dimuat naik oleh beberapa pemilik akaun memaparkan tiga remaja lelaki dipercayai memberikan nasi bersama tulang ayam kepada seorang gelandangan yang tidur di kaki lima.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/751473
 
Kes Tulang Ayam - ‘Saya Maafkan, Tapi Jangan Buat Lagi’

07.08.2025 - Gelandangan yang menjadi mangsa kandungan video tular tiga lelaki memberi sisa makanan sebagai ‘sedekah’ minta agar perbuatan sama tidak berulang kepada mana-mana pihak lain. Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ram, 49, itu juga memberitahu, dia memaafkan perbuatan tiga individu berkenaan yang telah merakam insiden tersebut tanpa pengetahuannya. Katanya, dia sebenarnya terkejut apabila membuka bungkusan makanan itu dan mendapati terdapat sisa tulang di dalamnya.

“Saya tidak pasti apa tujuan mereka berbuat demikian. Saya hanya tahu kewujudan video itu selepas ia tular dan dimaklumkan oleh beberapa pengunjung di kawasan ini, mereka beritahu mereka jaga kecewa dengan kejadian tersebut. Saya tidak tahu apa kesilapan saya sehingga dilayan seperti itu, tetapi saya hanya fikir positif dengan menganggap mereka masih budak-budak kecil. Jadi saya maafkan mereka tetapi harap ia tidak berulang,” katanya ketika ditemui di pusat bandar raya ini.

Tambah Ram, dia berhijrah ke negeri ini dari Perak, namun sudah lama menjadi gelandangan setelah tidak lagi bekerja.

“Saya diberitahu pihak berkuasa telah ambil tindakan terhadap tiga remaja berkenaan, biarlah itu pihak berkuasa uruskan, saya tiada kaitan dengan perkara tersebut. Bagaimanapun setelah kejadian tular, ada beberapa pihak datang menyapa dan bertanya khabar selain turut menyumbangkan makanan, jadi saya sangat hargai perbuatan mereka,” jelasnya lanjut.
1754548417964.png
 
Back
Top
Log in Register