BTC USD 76,258.2 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Gelandangan ditendang, kena siram air

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,513
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,513
Reaction score
1,681
Points
201
AmBank perjelas video tular gelandangan disiram air dan disepak

AISYAH BASARUDDIN

SHAH ALAM - Kumpulan AmBank tampil membuat penjelasan susulan tular video memaparkan seorang lelaki dipercayai gelandangan tiba-tiba disiram air dan disepak hanya kerana baring di kaki lima AmBank cawangan Taman Maluri.

AmBank dalam satu kenyataan berkata, pihaknya prihatin tentang insiden tersebut dan mengakui kesal dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, individu yang menyiram air kepada gelandangan itu ialah pengawal keselamatan 'third-party' iaitu daripada syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan luar yang dilantik pihak bank.

"Bagaimanapun, kami meminta semua yang mewakili organisasi kami, termasuk vendor dan rakan kerjasama untuk mengekalkan tahap profesionalisme sepanjang masa.

"Tiada sesiapapun yang wajar dilayan sedemikian rupa. Keselamatan, maruah dan kesejahteraan semua yang berada di dalam mahupun di luar premis bank sentiasa menjadi keutamaan kami.

"Justeru, kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan komited untuk memastikan kejadian sebegini tidak berulang lagi. Terima kasih rakyat Malaysia di atas keprihatinan anda," kata AmBank pada Selasa.


Bukan itu sahaja, seorang lelaki pertengahan umur dipercayai tukang kasut yang bekerja di kawasan berhampiran tergamak menendang mangsa dan menyuruhnya beredar dari situ.

Perbuatan itu mengundang kecaman warga maya kerana majoriti beranggapan tiada siapa berhak dilayan sedemikian rupa.

Artikel : Sinar Harian
 


Gelandangan ditendang, kena siram air


PETALING JAYA – Tindakan kejam terhadap seorang gelandangan yang disiram air dan ditendang dua individu di laluan kaki lima hadapan sebuah bangunan mengundang kemarahan netizen selepas rakaman kejadian itu tular sejak semalam.


Rakaman video itu turut memaparkan gelandangan tersebut yang kebasahan bangun dalam keadaan terkejut dan lemah, namun wanita terbabit terus menghalakan semburan ke arahnya.
Beberapa minit kemudian, muncul seorang individu lelaki menghampiri mangsa sambil menengking sebelum bertindak menendang lelaki berkenaan berulang kali.

Tindakan agresif kedua-dua individu itu mencetuskan kemarahan netizen yang menganggap ia sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan serta menghina golongan gelandangan.

“Kalau nak halau pun, bukan dengan cara memalukan. Mereka manusia juga,” kata seorang pengguna.


“Allahuakbar. Tak ada hati perut ka pak cik…ingat kita tak selamanya di atas. Kita tak tahu bila akan ada di bawah, semua ketentuan Ilahi. Moga ada insan baik membantu insan yang diuji ini. Kalau la dia ada masalah mabuk ka apa ka, bukan caranya diusir macam itu,” komen Aida Maslan.

Artikel : Kosmo Online
 
14116062780865037-348821.jpg

14116062780865037-348822.jpg

14116062780865037-348823.jpg


Sedih bila baca komen dalam video lelaki ini dikasari tempoh hari.

Ramai yang menyebelahi pemukul konon katanya kena tahu cerita dari kedua-dua pihak dulu.

Tapi hakikatnya mudah. Menendang dan menyiram air pada seseorang itu tetap salah. Tak boleh dimaafkan. Tak kira apa pun alasan yang ada.

Sekarang dah terbongkar siapa sebenarnya mangsa tu. Saya susun balik ceritanya supaya kita semua faham apa yang dia lalui.

Namanya Safiudeen Pakkeer Mohamed, 39 tahun. Dia dari Tamil Nadu, India. Datang Malaysia tahun lepas bukan sebagai gelandangan, tapi sebagai tukang masak dengan satu harapan mudah, iaitu kerja dan hantar duit kepada isteri dan dua anak lelaki di kampung.

Mac tahun lepas, dia mula kerja di salah sebuah restoran yang terletak di Sri Gombak, Kuala Lumpur. Untuk dapat kerja tu, dia bayar sendiri sebanyak RM3,500 untuk permit kerja dan RM1,200 untuk caj kesihatan.

Jumlah tu besar untuk orang macam dia. Tapi dia bayar sebab dia nak kerja dengan betul.

Lepas dia mula kerja, gajinya ditahan. Kadang-kadang berbulan-bulan tak dibayar.

Majikan kata nak perbaharui permit, jadi gaji dipotong jadi RM1,800. Tapi tiada bukti permit tu betul-betul diperbaharui.

Bila dia nak berhenti kerja, dia dihalang. Akhirnya 6 bulan lepas, dia pilih untuk tak datang kerja lagi. Bukan sebab degil, tapi sebab dia faham iaitu kerja tanpa dibayar bukan kerja namanya. Itu penahanan hak secara paksa.


Berbulan-bulan dia hidup bergantung pada makanan yang diberi pekerja restoran lain sekitar Taman Maluri. Tidur beberapa malam di luar cawangan AmBank.

Sebab itulah dia dikasari dan disembur air. Masa dia tengah tidur, bukan masa dia serang orang.

Video tu jadi bukti. Bukan aib dia seorang. Tapi aib sistem yang kita selalu kata "pekerja asing dilindungi dengan baik" di negara kita.

Dalam keadaan paling teruk tu, muncul seorang yang sanggup bertindak, iaitu Tony Lian, atau Uncle Tony. Dia yang kendalikan penempatan untuk gelandangan. Dia bawa Safiudeen berlindung, dan sekarang sedang cuba untuk membantu dengan beberapa cara.

Dia cuba dapatkan balik pasport Safiudeen daripada majikan. Dia kumpul duit untuk selesaikan hutang Safiudeen. Dia juga cuba bantu Safiudeen balik ke India dengan cara yang bermaruah.

Saya harap pihak Kementerian Dalam Negeri juga turut sama bantu Safiudeen mendapatkan semula hak dia. Bukan sekadar passport, tapi gaji yang tertunggak juga.

Supaya dia dapat balik ke sana bersama hasil titik peluh dia di sini.

Sumber/Kredit - Afiq Noordin
 
Beberapa hari lalu, kita semua tersentak bila melihat video Safiudeen Pakkeer Mohamed disiram air dan dihalau ketika dia sedang tidur di luar sebuah bank.
Ramai yang menyalahkan dia, kononnya mesti ada sebab sampai jadi begitu.

Sekarang kita dah tahu kebenarannya. Semalam, ada perkembangan penting yang patut kita tahu bersama.
Safiudeen akhirnya akan pulang ke India hari ini.

Selepas laporan demi laporan dibuat, dan selepas tekanan orang ramai yang mahukan keadilan, pasport beliau yang ditahan sejak hari pertama dia tiba di Malaysia akhirnya dipulangkan oleh bekas majikan.

Penyerahan itu dibuat di hadapan pegawai Suruhanjaya Tinggi India dalam satu pertemuan rasmi yang turut dihadiri sukarelawan kemanusiaan, Tony Lian, pegawai Presma, Prisma, dan wakil bekas majikan.

Dalam pertemuan itu, beberapa perkara diselesaikan:
• Pasport Safiudeen dipulangkan.
• Tunggakan gaji diselesaikan.
• Tiket penerbangan pulang ke Tamil Nadu dibayar oleh bekas majikan.
• Denda “tinggal lebih masa” juga ditanggung oleh pihak majikan.

Sejak video dia tular, hidup Safiudeen jadi satu minggu yang sangat panjang. Rumah tak ada. Duit tak ada. Identiti pun tak ada.
Dia hanya bergantung pada belas ihsan orang ramai sehingga Tony Lian membawanya keluar dari jalanan dan ditempatkan sementara di pusat perlindungan.

Pagi semalam, pegawai Jabatan Tenaga Kerja juga datang membuat pemeriksaan mengejut ke tempat dia berlindung. Siasatan sedang berjalan. Itu satu permulaan yang baik.

Safiudeen hanya ada satu permintaan sejak awal. Dia cuma nak balik jumpa isteri dan dua anaknya di Tamil Nadu. Itu saja. Bukan nak kaya, bukan nak cari gaduh, bukan nak tuntut lebih. Dia hanya nak pulang dengan maruah.
Tony Lian sebut satu perkara yang sangat dalam maknanya:

“Kemaafan dan belas kasihan lebih kuat daripada dendam. Hadiah terbesar yang kita boleh beri sesama manusia adalah kebaikan.”

Namun, kebaikan tidak boleh dijadikan pengganti kepada keadilan. Kes seperti ini bukan kali pertama berlaku.
Kita sudah banyak kali dengar kisah pekerja asing yang dipaksa bekerja, pasport ditahan, gaji tidak dibayar, dan akhirnya disalahkan bila kesudahannya mereka hidup merempat.

Safiudeen hanyalah satu wajah dalam ribuan yang senyap.

Semoga selepas ini, tindakan undang-undang tidak hanya berhenti pada sesi permohonan maaf, tetapi ada ketegasan yang memastikan tiada lagi pekerja datang ke negara kita dengan harapan, lalu pulang dengan trauma.

Hari ini kita lega Safiudeen akan pulang. Moga dimasa akan datang, tiada lagi kisah seperti Safiudeen terjadi pada orang lain.
C&P

594057515_33221363754113652_9185577417455253423_n.jpg


 
Dedah la majikan tu, kalau pihak berkuasa tak mau ambil tindakan.
 
Back
Top
Log in Register