BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Diplomat, Anak Bebas Tuduhan Edar Dadah, Tanam 102 Pokok Ganja

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141
952b60b41e8fc35c92a1f6f839b9283a69b2b26f7962c

-- Gambar hiasan

Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini melepaskan dan membebaskan bekas diplomat, Datuk Zainal Abidin Alias dan anaknya, Mohamed Rizal daripada semua pertuduhan berkaitan pengedaran ganja seberat 989.6 gram, penyimpanan minyak ganja serta penanaman 102 pokok ganja di sebuah rumah di Janda Baik, Bentong, pada Mei 2022.

Hakim Roslan Mat Noor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zainal Abidin, 82, dan Mohamed Rizal, 56, di akhir kes pendakwaan.

Peguam Muhammad Farhan Shafee, yang mewakili anak beranak itu berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dengan memetik jurang penyiasatan yang ketara, kemustahilan dari segi topografi serta kegagalan mengaitkan tertuduh dengan barang terlarang yang ditemui di hartanah tersebut.

Beliau berkata mahkamah menerima hujahan pembelaan bahawa 102 pokok ganja yang ditemui di hartanah tersebut tidak dapat dilihat secara fizikal dari lokasi tertuduh pertama (Zainal Abidin) semasa tangkapan dilakukan.

“Hakim menyatakan bahawa bentuk muka bumi yang beralun, cerun yang curam, dan dedaunan tropika yang lebat mewujudkan "zon bayang" (shadow zone), yang menjadikannya mustahil bagi Zainal Abidin, yang ketika itu berusia 78 tahun untuk melihat atau mengetahui tentang batas penanaman tersebut dari garaj atau rumah utama,” katanya.

Muhammad Farhan berkata mahkamah juga memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh mempunyai kawalan eksklusif ke atas premis berkenaan.

“Keterangan yang muncul semasa perbicaraan menunjukkan bahawa rumah itu tidak berkunci dan boleh diakses oleh pelbagai pihak ketiga.

“Hakim turut mengetengahkan beberapa "peluang yang terlepas" oleh pasukan penyiasat yang menyebabkan penemuan mereka tidak selamat untuk diterima sebagai bukti yang kukuh,” katanya.

Beliau memaklumkan  analisis forensik digital terhadap peranti milik tertuduh kedua, Mohamed Rizal yang ditangkap di Shah Alam, Selangor menunjukkan tiada komunikasi, mesej teks, panggilan atau e-mel yang menghubungkan beliau dan bapanya dengan kegiatan jenayah berkenaan.

 
Back
Top
Log in Register