BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bekas Warden Bebas Tuduhan Bunuh Penghuni Pusat Pemulihan Dadah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
81204a10d39a72c20e1b1be2c876d5ac69491b09d3519

Seorang bekas warden sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak swasta dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini daripada tuduhan membunuh seorang penghuni pusat itu di Sintok, Changlun, empat tahun lalu. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas warden sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak swasta daripada tuduhan membunuh seorang penghuni pusat itu, empat tahun lepas.

Hakim Evawani Farisyta Mohammad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sidi Ahmad Amin Mamat, 50.

Tertuduh didakwa membunuh Umar Muhajir Ghazali di sebuah pusat pemulihan dadah dan akhlak di Sintok, Changlun dekat sini antara 11 pagi hingga 6.30 petang, 4 Nov 2021 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Evawani Farisyta dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kecederaan dialami mangsa adalah akibat perbuatan tertuduh.

“Ia termasuk kemungkinan mangsa dipukul oleh individu lain di dua hingga tiga tempat berbeza serta penemuan dua kesan asid deoksiribonukleik (DNA) individu tidak dikenali pada kain pelekat si mati,” katanya.

Beliau berkata tertuduh didakwa memukul bahagian dada dan leher mangsa, sedangkan pakar patologi menyatakan punca kematian adalah akibat kecederaan pada aorta abdomen.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Shah Reza Noor Azman manakala Sidi Ahmad Amin diwakili peguam Mohd Hezeri Harun dan Mohd Fadhly Yaacob.

 
Back
Top
Log in Register