combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penjawat awam di sebuah pusat pemulihan dadah di Terengganu yang disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk barang terlarang kepada penghuni pusat tersebut.
Ketua Pengarah AADK Datuk Ruslin Jusoh berkata kerjasama itu termasuk memberikan SPRM akses kepada maklumat yang diperlukan bagi memastikan siasatan dapat diselesaikan dengan telus, adil dan menyeluruh.
“AADK menyerahkan proses siasatan kepada pihak SPRM dan komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam siasatan tersebut.
“AADK menegaskan tidak sama sekali akan berkompromi mahupun melindungi mana-mana kakitangan yang terlibat dalam salah laku dan pelanggaran integriti yang boleh menjejaskan reputasi agensi serta perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selari dengan prinsip tadbir urus yang baik, AADK juga akan mengambil tindakan dalaman yang sewajarnya berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, bergantung kepada perkembangan hasil siasatan rasmi.
Ruslin berkata pihaknya turut akan membuat penilaian serta menambah baik keberkesanan prosedur operasi standard (SOP) di fasiliti AADK bagi menutup sebarang ruang yang boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
“AADK bertekad sepenuhnya untuk membanteras sebarang bentuk salah laku dan rasuah dalam kalangan warga kerja secara menyeluruh. Tindakan paling tegas dan agresif akan diambil terhadap mana-mana kakitangan yang terbukti terlibat dalam kes pelanggaran integriti dan berdepan tindakan perundangan serta boleh dibuang kerja sekiranya didapati bersalah,” katanya.
Terdahulu seorang penjawat awam wanita di sebuah pusat pemulihan dadah di negeri ini direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah kira-kira RM6,000 sebagai balasan membawa masuk barang terlarang untuk penghuni pusat tersebut.
Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan bersama seorang lagi suspek lelaki yang juga penjawat awam dan bekerja di tempat yang sama semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu.
Bawa Masuk Barang Terlarang: AADK Beri Kerjasama Penuh Kepada SPRM
AADK, siasatan, SPRM, penjawat awam, wanita, dire