combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,148
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,148
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Baucar Buku MADANI Ringan Beban Pelajar, Suburkan Budaya Membaca
Pelaksanaan semula inisiatif Baucar Buku MADANI 2026 bernilai RM100 yang dibuka untuk penebusan bermula hari ini, mendapat reaksi positif daripada golongan pelajar sekolah menengah.
Tinjauan Bernama mendapati baucar berkenaan dimanfaatkan untuk mendapatkan bahan bacaan berkualiti serta buku rujukan peperiksaan tanpa membebankan kewangan keluarga.
Bagi pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Seri Gombak Nurul Asyikin Mohd Nizam, 17, baucar itu memberi kelegaan kerana sering menangguhkan pembelian buku rujukan kerana kekangan kewangan.
"Buku rujukan kadang-kadang mahal, jadi saya selalu pinjam dekat perpustakaan sekolah atau fotostat buku kawan. Dengan baucar ini, saya boleh beli sendiri buku rujukan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan jimatkan duit belanja yang mak ayah beri," katanya ketika dihubungi Bernama.
Sementara itu, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest R Thivagar, 13, mengaku hanya mengetahui mengenai Baucar Buku MADANI hari ini dan bercadang menggunakannya secepat mungkin.
"Saya baru tahu mengenai Baucar Buku MADANI ini. Lepas ini saya akan minta tolong mak ayah belikan buku untuk belajar menggunakan baucar sebelum tamat tempoh," katanya.
Menurutnya, meskipun bahan bacaan digital semakin mudah diperoleh, pengalaman membaca buku fizikal mempunyai keistimewaan tersendiri.
Bagi pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas Mohamad Annaim Anuar, 16, Baucar Buku MADANI merupakan antara inisiatif yang sentiasa dinantikan kerana banyak membantunya mendapatkan bahan bacaan setiap tahun.
"Saya memang tunggu baucar buku ini sebab setiap tahun saya gunakannya untuk beli buku belajar, buku motivasi, buku agama dan juga novel," katanya yang mengetahui mengenai pembukaan penebusan baucar itu daripada rakannya.