BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Insentif Baucar Buku RM100 Rancakkan Budaya Intelektual Kampus - KPT

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Insentif Baucar Buku RM100 Rancakkan Budaya Intelektual Kampus - KPT​

d6e12bf7521d3a13fa802b41f982959e6a1a3acc7d3c6


Insentif baucar buku RM100 kepada mahasiswa institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mampu merancakkan budaya intelektual di kampus serta memperkukuh amalan membaca dalam kalangan pelajar.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan insentif berkenaan mampu menggalakkan mahasiswa untuk terus membudayakan amalan membaca, sekali gus memugar budaya keilmuan yang sentiasa dahagakan pengetahuan.

"Ia bukan sekadar insentif bermakna untuk mahasiswa, malah merupakan satu pelaburan besar dalam usaha kementerian melahirkan bakat terbaik negara yang holistik dan berdaya saing," menurut kenyataan KPT hari ini.

KPT memaklumkan maklumat lanjut mengenai syarat, kaedah pelaksanaan dan proses penebusan baucar akan diperincikan dalam masa terdekat.

KPT turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengumuman insentif itu yang disifatkan sebagai langkah tepat dalam menyuntik semangat mahasiswa untuk terus aktif menimba ilmu pengetahuan.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan pemberian baucar buku bagi pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan penuntut IPTA.

Beliau berkata inisiatif itu diteruskan bagi tahun ini dan boleh digunakan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula semalam hingga 7 Jun di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

 
Back
Top
Log in Register