BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Zaini Ujang Kongsi Budaya Kebersihan Jepun Menerusi Penulisan Buku

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Zaini Ujang Kongsi Budaya Kebersihan Jepun Menerusi Penulisan Buku​

d90e8ff3cfeb81ebb48c2a97e7512bed6a69d52a02bde

43eecb69c470b53944a8bc8e597715f56a69d65b0ba1f

f6b4bbcc123a21518fff414fee71f1c56a69dc27ae1e8

Ilmuan Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zaini Ujang menerusi buku bertajuk ‘Cleanliness In Japan: An Outsider’s Perspective’ pada sesi ‘Book Signing, Meet & Greet with Author’ di Books Kinokuniya Suria KLCC baru-baru ini.

Pengalaman berkunjung ke Jepun berulang kali selama lebih empat dekad memberi ilham kepada ilmuan Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zaini Ujang untuk berkongsi pemerhatiannya mengenai budaya kebersihan dan disiplin masyarakat di negara matahari terbit itu menerusi buku terbaharunya.

Menerusi buku bertajuk ‘Cleanliness In Japan: An Outsider’s Perspective’ itu, beliau  mengetengahkan amalan berteraskan disiplin, keharmonian dan kebersihan yang boleh dijadikan inspirasi oleh masyarakat Malaysia

“Saya nak tunjukkan pada kalian bagaimana Jepun menjaga kebersihan yang benar-benar memberi inspirasi kepada orang lain. Saya pilih tiga kata kunci untuk negara itu, iaitu disiplin, keharmonian dan kebersihan,” katanya kepada Bernama pada sesi ‘Book Signing, Meet & Greet with Author’ di Books Kinokuniya Suria KLCC baru-baru ini.

Beliau berkata buku itu menjelaskan  budaya kebersihan di Jepun bukan semata-mata bergantung pada undang-undang atau penguatkuasaan, sebaliknya masyarakatnya dididik dengan nilai yang mendorong mereka menjaga kebersihan secara sukarela dan konsisten.

Penerima anugerah berprestij Jepun Order of the Rising Sun, Gold and Silver Star daripada Maharaja Jepun pada  2022 itu berkata lawatan sulungnya ke negara berkenaan selama sebulan pada 1986 membuka matanya terhadap tahap kebersihan masyarakat di sana yang bermula dari peringkat awal menerusi amalan disiplin kendiri yang tinggi.

Menurut Zaini, proses penjudulan dan penterjemahan buku terbaharunya itu menjadi cabaran utama berikutan perbezaan istilah serta kefahaman dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun.

“Orang Jepun tidak mempunyai satu perkataan khusus untuk 'cleanliness' seperti yang kita faham. Mereka mempunyai 13 perkataan untuk menggambarkan erti bersih dan itu yang menjadikan proses penjudulan serta penterjemahan buku ini dalam bahasa Jepun mengambil masa serta perbincangan yang mendalam dengan rakan-rakan di sana.

“Fikir tajuk ini senang untuk diterjemah ke bahasa Inggeris tetapi untuk diterjemahkan ke bahasa Jepun susah dan ambil masa dua minggu. Selain itu, tiada perkataan 'outsider' dalam istilah jepun kerana dibahagikan kepada tiga kategori spesifik seperti orang asing dari tempat jauh, musuh dan pihak ketiga,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register