BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Baru masuk kerja, ‘bibik’ curi lebih RM3,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Baru masuk kerja, ‘bibik’ curi lebih RM3,000​

geli-bibik.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan pembantu rumah sedang membersihkan bilik tidur majikannya sebelum mencuri wang. - TikTok

JAKARTA – Seorang pemilik rumah di Jepara, wilayah Jawa Tengah kehilangan wang sehingga 15 juta rupiah (RM3,420) selepas dilarikan oleh pembantu rumah yang baru sehari bekerja, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.25 petang (waktu tempatan) di Desa Mayong Kidul, baru-baru ini.

Rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan pembantu rumah itu sedang membersihkan bilik tidur majikannya sebelum membuka laci dan mengambil beberapa keping wang bernominasi 50,000 rupiah (RM11) dan 100,000 rupiah (RM23).

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jepara, Andika Oktavian Saputra berkata, mangsa dikenali sebagai MAF, 29, mengambil suspek sebagai pembantu rumah menerusi platform Facebook.

“Dia mula bekerja di rumah mangsa pada hari kejadian. Mangsa kehilangan antara 10 juta rupiah (RM2,280) hingga 15 juta rupiah,” kata Andika. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register