BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Masuk hospital curi tanaman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,232
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,232
Reaction score
346
Points
141
geli-curi-hospital.jpeg

Tangkap layar video menunjukkan dua wanita itu mencuri sejumlah tanaman di sebuah hospital. - TikTok

JAKARTA – Dua wanita mengundang perhatian ramai apabila ditangkap mencuri sejumlah tanaman di sebuah hospital di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di Hospital Daerah (RSUD) Bahteramas baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kendarrinfonews menunjukkan dua wanita itu ditahan oleh pengawal keselamatan dan kakitangan hospital.

Ketua Polis Baruga, AKP Marjuni berkata, tanaman yang dicuri itu diletakkan di dalam sebuah kereta sewa.

“Mereka sempat melarikan diri. Pihak hospital mengalami kerugian sekitar 10 juta rupiah (RM2,400) dan melaporkan kepada Balai Polis Baruga,” kata Marjuni.

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Macam mana mereka boleh terfikir untuk mencuri di hospital?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register