BTC USD 86,941.0 Gold USD 4,343.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasil tanaman gergasi pecah rekod dunia

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,788
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,788
Reaction score
98
Points
80

Hasil tanaman gergasi pecah rekod dunia​

3574542.webp

Saiz luar biasanya itu cukup untuk menghasilkan perasa bagi kira-kira 1,400 hidangan sos bolognese.

LONDON - Seorang pekebun kompetitif Britain mencipta dua lagi rekod dunia selepas bawang putih gajah dan pod kacang pis miliknya diiktiraf sebagai yang paling berat di dunia.

Graham Barratt dari Gloucestershire di barat daya England membawa hasil tanamannya untuk dinilai di Wargrave Nursery Plant Centre, Berkshire pada 25 Jun lalu.

Menurut laman web Rekod Dunia Guinness, bawang putih gajah miliknya berdiameter 19 sentimeter dan seberat 1.75 kilogram (kg).

"Berat bawang itu kira-kira 35 kali ganda berbanding bawang putih biasa yang dijual di kedai runcit dan menyamai berat empat biji bola sepak mengikut piawaian FIFA," jelas kenyataan itu lagi.

Barratt menanam bawang putih pemecah rekod itu pada September 2025 dan tidak memberikan sebarang penjagaan istimewa hanya menggunakan membran rumpai hitam bagi membantu melindunginya daripada fros ketika musim sejuk.

Pada tahun lalu, beliau mencipta empat rekod dunia berkaitan hortikultur termasuk menghasilkan labu botol (luffa) seberat 2.82kg. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register