BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tak sempat masuk hospital, bayi lahir atas motosikal

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Tak sempat masuk hospital, bayi lahir atas motosikal​

3607234.webp

Pasukan perubatan segera memberikan rawatan kepada ibu dan bayi berkenaan. Foto Agensi

HANOI - Seorang wanita hamil 32 minggu di Vietnam berdepan detik cemas apabila dia melahirkan bayinya di atas motosikal ketika kejadian pada awal minggu lalu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan proses kelahiran itu berlaku terlalu pantas.

Pada mulanya, wanita berusia 25 tahun itu mengadu sakit perut dan dibawa suaminya ke hospital dengan menaiki motosikal.

Dia bagaimanapun tidak sempat memasuki pusat perubatan apabila bayinya dilahirkan di luar fasiliti itu dengan tali pusat masih melekat pada tubuh ibu.

Pasukan perubatan segera memberikan rawatan kepada ibu dan bayi termasuk memanaskan badan bayi yang baru lahir serta memotong tali pusat.

Ibu dan bayi seberat kira-kira dua kilogram itu kemudiannya dibawa ke bilik bersalin untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Kedua-duanya dilaporkan berada dalam keadaan sihat selepas kelahiran mengejut itu. - Agensi

 
Back
Top
Log in Register