BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

‘Bibik’ kebas wang, barang kemas majikan lebih RM160,000

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,188
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,188
Reaction score
346
Points
141
geli-pembantu-rumah.jpeg

Suspek disoal siasat selepas diberkas di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan semalam. - Detik Sulsel

JAKARTA – Seorang pembantu rumah di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan ditahan selepas mencuri wang dan barang kemas bernilai 700 juta rupiah (RM160,187) milik majikannya untuk membeli kereta serta rumah, lapor laman berita Detik News.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Makassar, AKP Hamka berkata, suspek dikenali sebagai RG, 34, melakukan kecurian secara berperingkat sepanjang tempoh bekerja di rumah mangsa dari tahun 2024 hingga 2025.

“Suspek mencuri barang kemas milik majikannya sedikit demi sedikit dari peti besi. Kehilangan harta benda itu hanya disedari oleh mangsa pada Mac lalu, dengan anggaran kerugian mencecah 700 juta rupiah.

“Suspek memberitahu bahawa hasil jualan barang kemas itu digunakan untuk bayaran pendahuluan kereta, membeli rumah dan membaiki kenderaan,” kata Hamka.

Polis masih menyiasat aset lain yang disyaki dibeli menggunakan hasil jualan barang kemas tersebut. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register