BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kes pengubahan wang haram S$3 bilion: Lebih 600 beg tangan mewah, barang kemas dilelong online

adi19

Fun Poster
Messages
766
Joined
Oct 30, 2013
Messages
766
Reaction score
3
Points
25

Kes pengubahan wang haram S$3 bilion: Lebih 600 beg tangan mewah, barang kemas dilelong online​

screenshot_2026-09-07_114715.jpg

Beg Louis Vuitton x Yayoi Kusama Pumpkin Bag edisi terhad daripada kulit monogram (kiri) dan cincin berlian kuning 15.02 karat (kanan) merupakan antara barangan yang dilelong. (Gambar: Hotlotz)

SINGAPURA: Beg tangan dan aksesori mewah serta barang kemas daripada kes pengubahan wang haram bernilai S$3 bilion mula dilelongkan pada pagi Isnin (7 Sep).

Pada pukul 10.00 pagi, sebanyak 624 barangan – 338 beg tangan dan aksesori serta 286 barang kemas – disenaraikan di laman web syarikat lelong Hotlotz untuk dijual menerusi dua lelongan, iaitu “Luxury Handbags & Accessories” dan “Fine Jewellery, Part One”.

IKLAN

Kedua-dua lelongan tersebut dianggarkan meraih antara S$2.9 juta dengan S$3.9 juta secara keseluruhan dan masing-masing akan berakhir pada 20 September dan 27 September.

Antara barangan yang dilelongkan termasuk beg edisi terhad Louis Vuitton x Yayoi Kusama Pumpkin Bag daripada kulit monogram, serta sebentuk cincin berlian “fancy yellow” 15.02 karat yang mencatat harga bidaan permulaan tertinggi antara semua barangan, iaitu S$180,000.

Hotlotz turut mengenakan “premium pembeli” sebanyak 20 peratus di samping harga bidaan akhir. Jumlah tersebut termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) Singapura, yang boleh dikecualikan bagi para pembeli asing.

Menjelang akhir setiap lelongan, jika bidaan dibuat dalam tempoh lima minit terakhir sebelum bidaan bagi sesuatu barangan ditutup, tempoh bidaan bagi barangan tersebut akan dilanjutkan selama lima minit lagi.

Proses tersebut akan berterusan sehingga lima minit berlalu tanpa sebarang bidaan baharu, jelas Hotlotz di laman webnya.

IKLAN

“Oleh itu, biasanya ia mengambil masa beberapa jam selepas waktu yang dijadualkan untuk semua bidaan dalam sesebuah lelongan benar-benar ditutup,” menurut syarikat lelong tersebut.

Dua lelongan yang bermula pada Isnin itu merupakan sebahagian daripada siri 15 lelongan online bagi barangan daripada kes pengubahan wang haram bernilai S$3 bilion, yang akan berlangsung dari September hingga Mei 2027.

Hotlotz tidak menerima bidaan melalui wakil atau telefon dan tidak mengadakan lelongan secara tradisional di dewan. Lelongan tersebut terbuka kepada para peserta di seluruh dunia, namun pembida perlu mendaftar dan menjalani pemeriksaan pengesahan identiti sebelum dibenarkan untuk mengambil bahagian.

Para pembida yang diluluskan boleh menempah slot untuk melihat barangan di Le Freeport, sebuah kemudahan penyimpanan dengan tahap keselamatan ketat dan bebas cukai di Changi, di mana barangan tersebut disimpan. Sesi melihat barangan hanya dibenarkan menerusi janji temu dan para pengunjung tanpa janji temu tidak akan dibenarkan untuk melihat barangan tersebut.

Menurut Hotlotz, jumlah slot janji temu sangat terhad dan akan diberikan mengikut turutan tempahan.

IKLAN

Sesi melihat barangan bagi dua lelongan yang sedang berlangsung akan diadakan dari 14 hingga 19 September, manakala lelongan barang kemas turut diberikan slot antara 21 dengan 26 September.

Setiap slot berlangsung selama 45 minit, dengan lima slot disediakan setiap hari pada pukul 10.00 pagi, pukul 11.00 pagi, pukul 12.00 tengah hari, pukul 2.00 petang dan pukul 3.00 petang.

Aset-aset daripada kes pengubahan wang haram itu diserahkan oleh polis kepada firma audit Deloitte pada Ogos tahun lalu untuk dilupuskan.

Hasil daripada penjualan aset tersebut akan disalurkan ke dana pemerintah yang disatukan, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dalam satu jawapan bertulisnya kepada soalan parlimen pada Februari 2025.

Dana tersebut berfungsi seperti akaun bank yang dipegang pemerintah. Menurut laman parlimen, hasil pendapatan Singapura disalurkan ke dalam dana tersebut, yang turut digunakan untuk membiayai perbelanjaan pemerintah.

 
Back
Top
Log in Register