combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Tangkap layar video menunjukkan pembantu rumah itu menjelaskan sebab dia ingin berhenti bekerja kepada majikannya. - Facebook
JAKARTA – Seorang pembantu rumah di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila memutuskan untuk berhenti selepas cuma empat hari bekerja.
Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan pembantu rumah itu menjelaskan sebab dia mahu berhenti kepada majikannya.
Pemberhentian tersebut bukan disebabkan gaji atau kerja berlebihan, tetapi kerana tidak mampu menahan pening atau mual semasa dalam perjalanan.
Pembantu rumah itu sering dibawa bersiar-siar oleh majikannya dengan menaiki kereta.
Rakaman itu mencatatkan lebih 60,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Kesian, dia mahu kerja tetapi tidak tahan naik kereta,” kata seorang netizen.
“Baru empat hari,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
‘Bibik’ berhenti selepas 4 hari bekerja
JAKARTA - Seorang pembantu rumah di Indonesia mengundang perhatian orang ramai apabila memutuskan untuk berhenti selepas cuma empat hari bekerja.Rakaman video dimuat naik di platform Facebook menunjukkan pembantu rumah itu menjelaskan sebab dia mahu berhenti kepada majikannya. Pemberhentian...
www.kosmo.com.my