BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid Bantu Jimat Kos, Tingkat Produktiviti Penjawat Awam

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,696
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,696
Reaction score
97
Points
80

Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid Bantu Jimat Kos, Tingkat Produktiviti Penjawat Awam​

7e12d3a985e51de1b563c31b8f387f146a703290724fd

33a4963878dd7809c0cd2200c11788b569c7b86353a9c

fcec5862697f125d787e6403346f128a69c7b86921611


Pelaksanaan Dasar Hari Bekerja Hibrid  (HBH) berkuat kuasa pada 1 Ogos lepas dilihat sebagai budaya kerja baharu sektor awam yang membolehkan penjawat awam mengimbangi tuntutan kerjaya dan kehidupan tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Rata-rata penjawat awam yang ditemui menyambut baik budaya kerja baharu berkenaan sambil bertekad melaksanakannya sebaik-baiknya bagi memastikan prestasi kerja terus cemerlang dengan mengekalkan petunjuk prestasi utama yang ditetapkan.

Di PUTRAJAYA, Penolong Setiausaha Kementerian Komunikasi Nur Hasina Mahbub Ahmad, 28, berkata dasar fleksibiliti HBH mampu membantu penjawat awam mencapai keseimbangan antara tuntutan kerja dan urusan keluarga, sekali gus membolehkan mereka memberi tumpuan yang lebih baik terhadap tugasan.

"Fleksibiliti HBH juga memudahkan urusan kerja secara digital, selain menggalakkan penjawat awam meningkatkan kemahiran dalam penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI), di samping memperkukuh budaya kerja yang berteraskan kepercayaan serta akauntabiliti," katanya kepada Bernama.

Di SELANGOR, Pegawai Bahagian Kewangan dan Akaun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Muhamad Izwan Ismail, 41, berkata pelaksanaan itu merupakan langkah positif kerana ia membolehkan jadual kerja disusun mengikut keperluan operasi jabatan tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja membantu menyeimbangkan tuntutan kerja dan urusan peribadi malah meningkatkan tahap fokus, produktiviti serta kecekapan kakitangan menerusi penggunaan sistem digital.

“Walaupun diberi fleksibiliti bekerja di luar pejabat, kami tetap berdisiplin dan mematuhi semua garis panduan yang ditetapkan dengan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) harian terus menjadi ukuran utama. Bezanya, tugasan dapat diselesaikan dengan lebih fleksibel melalui platform digital tanpa menjejaskan prestasi,” katanya.

Di MELAKA, Pegawai Penerangan Daerah Melaka Tengah Noor Adha Hashim berkata dasar fleksibiliti HBH diyakini mampu meningkatkan motivasi serta produktiviti penjawat awam dengan membolehkan mereka melaksanakan tugasan dalam keadaan lebih tenang di rumah tanpa tekanan.

"HBH membolehkan penjawat awam menjimatkan kos petrol, tol, parkir dan makan di luar, selain membantu mengurangkan tekanan kerja serta meningkatkan kepuasan dan semangat penjawat awam untuk memberikan yang terbaik dalam melaksanakan tugasan mereka,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register