BTC USD 81,066.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Banyak songeh

hab81020

Super Active Member
Messages
5,119
Joined
Mar 21, 2010
Messages
5,119
Reaction score
233
Points
83
KUALA LUMPUR: “Kita sedih perkara ini berlaku, malah ada yang menelefon saya pagi tadi (semalam) memberitahu bagaimana dia diperlekehkan ketika meminta bantuan daripada pihak berkuasa sedangkan katanya pihak gereja cepat bertindak.

“Memang ini dakwaan dia, tetapi kita kena siasat dan nilai kembali, adakah benar seperti apa dikatakan, jika betul kita harus bertindak mengubah apa yang patut,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau mengulas tindakan segelintir umat Islam yang mendapatkan bantuan daripada pihak gereja, malah serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya baru-baru ini membongkar segala-galanya. Metro Ahad semalam turut melaporkan luahan seorang wanita dikenali Nur yang tidak mempunyai pilihan lain, dan terpaksa menerima bantuan makanan dan wang daripada pihak gereja selepas mendakwa sering mendapat cemuhan. Mashitah memberitahu, wanita yang menghubunginya itu adalah salah seorang daripada individu terbabit yang menerima bantuan bulanan selepas dia gagal memperolehnya daripada saluran diusahakan pihak berkuasa.

Katanya, wanita berkenaan yang enggan namanya dikenali, turut mendakwa pernah memohon bantuan dengan pusat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun tidak mendapat layanan sewajarnya menyebabkan dia kecewa.

“Saya mendengar rintihannya. Dia menceritakan bagaimana pengalamannya dengan pegawai bertugas, dengan pegawai agama yang tidak melayan permohonan bantuan seeloknya tetapi, memberikan pelbagai alasan...masih diproseslah...hari ini cuti dan sebagainya.

“Tetapi katanya, pihak gereja cepat bertindak, mereka bertanya dengan lembut, masukkan duit pun cepat...usaha ada apabila pihak berkenaan turun padang berbanding kita yang menunggu orang datang baru bertindak.

“Tak bermaksud menunding jari terhadap mana-mana pihak, sebaliknya sekadar menyampaikan apa yang disuarakan individu ini supaya dapat dinilai bersama....kalau ada kebenaran atas apa yang didakwa, kita perlu perbaiki...harus segera laksana,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Mashitah berkata, semua pihak perlu mengambil semangat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengutarakan rakyat harus didahulukan dalam semua perkara, sekali gus mengurangkan birokrasi punca sesuatu bantuan lewat disampaikan.
 
wang zakat mana perginya?bangunan pusat zakat makin lama makin tinggi,makin megah tapi rakyat yang sepatutnya dapat zakat dihalang.
 
masa arwah makcik aku ade...nak minta rawatan operation pun banyak songeh...kawan aku janda anak 5 pun tak dapat sebab rumah ade astro...

banyak sangat prosedur yang mengarut....last2 pegawai dia cakap baitulmal mana ade duit...
 
Ape nak jadi. Ape nak jadi. Sampai sekarang menjadi2 jadi.
 
Susah nak Cakap.. Sebab itu haram wang zakat di berikan kepada petugas petugas Pengurusan Zakat.. Sepatotnya di berikan dahulu kepada fakir miskin, bukan kepada pegawai pengurusan.. Dan macam bank lak pusat zakat ni.. Ntah ntah, duit zakat yang ada siap buat pelaburan.....
 
ade betulnya jgk...pelbagai alasan..yg puak diaorg tu..nak tarik untuk murtad..mmg semuanyer baik2 belaka ler..
 
Bantu je la....

Orang da bayar zakat tu suruh ko bantu orang2 Islam yang susah la,

kalo orang tak bayar kemain keluar hadis bagai,

Tapi sendiri kerja membantu orang Islam taknak plak,

Macam2 prosedur, ikut panduan Al-Quran laaa...
 
Back
Top
Log in Register