BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bantah roboh Penjara Pudu

AMICO66

Super Active Member
Messages
9,664
Joined
May 5, 2008
Messages
9,664
Reaction score
273
Points
91
dari ruangan forum Utusan Malaysia


PERLUKAH sejarah dilenyapkan demi untuk pembangunan dan kemajuan? Saya tidak bersetuju dengan cadangan penubuhan Pusat Bandar Bukit Bintang di tapak Penjara Pudu.

Pembangunan tersebut akan merugikan negara kerana Penjara Pudu mempunyai nilai sejarah tersendiri.

Sekiranya kita sentiasa merobohkan tempat bersejarah dengan diganti bangunan moden maka apa yang tinggal menjadi kenangan dan pengajaran.

Di samping nilai sejarah ia boleh menjadi tempat pembelajaran dan pengajaran bagi pelajar sekolah.

Mereka boleh melihat penjara dan tempat hukuman mati yang sebenar dan bukan hanya replika. Ini akan menjadi pengajaran kepada mereka dan kita juga.

Penjara Pudu boleh dikomersialkan seperti mana A Farmosa tanpa perlu dirobohkan.

Yang pentingnya bagaimana kita bijak mencari jalan untuk menjadikan ia sebagai pusat pelancongan dan semestinya akan menjana ekonomi.

Sekiranya hasrat membantu Bumiputera menjadi matlamat UDA maka boleh dibina kedai barangan cenderamata dan kraf di situ.

Sekiranya bangunan komersial mewah dibina takut nanti peniaga Bumiputera tidak sanggup menyewa di situ. Kita lihat rata-rata peniaga Bumiputera hanya mampu berniaga secara kecilan.

Sekiranya kita ingin meroboh Penjara Pudu eloklah juga kita merobohkan A Famosa yang melambangkan kita pernah dijajah.

Lihatlah bagaimana Penjara Alcatraz menjadi tempat yang dilawati oleh berjuta pelawat setiap tahun.

Carilah tempat lain untuk dimajukan kerana pembangunan yang terlalu pesat pada satu-satu kawasan akan menimbulkan bermacam masalah terutama kesesakan dan sosial.

UDA adalah benar sekiranya keuntungan yang dicari, tetapi nilai sejarah adalah tidak ternilai dan tiada gantinya. Ia adalah milik setiap rakyat.

Apa kata Jabatan Warisan Negara mengenai hal ini. Ia bertanggungjawab memulih, memelihara dan mengekalkan warisan negara seperti yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Guar Chempedak, Kedah">


kalau kat Italy, bangunan lama ni memang di simpan dan di senggara dengan baik hingga menjadi tumpuan pelawat...:-?
 
baik roboh plaza rakyat yg sebelah puduraya tu...menyemak mata jerr...
 
jail pudu-jgn rboh utk tunjukkan keinsafan

a farmosa - robohkan sebab tanda keb0d0han / sikap tamak / duri dalam daging org MELAYU (sbb cina dan India confirm x da masa tu)
 
Last edited:
penjara pudu bersejarah untuk siapa? adakah bersejarah untuk pahlawan2 melayu? adakah bersejarah untuk wira2 negara? adakah bersejarah untuk orang2 yang telah berjasa kepada negara? dan siapakah yang telah menghuni penjara pudu dan bagaimana pengalaman mereka?
 
dah mula pun projek kat pudu jail tu, i nampak banyak lori keluar masuk kawasan tu
 
Kat malaysia ni mana tau nak menghargai peningalan sejarah. Janji poket masuk! Melayu melayu.
 
renovate buat muzium penjara la... pameran pasal banduan ke dlm tu...dok terbiar situ pun xde pekdah gak...
 
bertmablh lah cerita mistik klu tmpt tu dirbohkan...hehe
 
Back
Top
Log in Register