BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Individu Buat Trend ‘Panjat Papan Tanda’ Bakal Di Denda & Di Penjara - DBKU

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja trend muncul di media sosial yang sering menjadi ikutan ramai. Ada yang diikuti dari media sosial dan ada juga yang popular selepas tayangan sesebuah drama atau filem. Bagaimanapun, ada sesetengah trend yang dilihat tidak bersesuaian untuk dilakukan dan sebaiknya dihentikan agar tidak mendatangkan kemudaratan. Seperti ketika ini, tular di media sosial trend individu bergayut pada tiang sambil memainkan lagu Maui Wowie daripada Kid Cudi. Ia dipercayai mula dilakukan oleh orang-orang barat, namun kini menjadi ikutan di Asia Tenggara termasuk Malaysia. Menurut Dewan Bandaraya Kuching Utara, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didakwa di bawah Undang-Undang Kecil 22(2) dan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,500 jika disabit kesalahan.


DBKU Pandang Serius Isu Trend ‘Panjat Papan Tanda’ Yang Menular Ke Sarawak

Susulan itu, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memandang serius tindakan sedemikian yang boleh membahayakan keselamatan diri dan merosakkan harta awam serta mencemar imej bandar raya di Sarawak itu. Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook DBKU semalam (12 November), pihaknya mengambil maklum mengenai satu hantaran di TikTok yang memaparkan tiga individu bertindak memanjat struktur papan tanda jalan serta tiang lampu di sana. Tegasnya, perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 22(1)(b), Local Authorities (Cleanliness) By-laws,1999.

“Justeru, DBKU ingin mengingatkan orang awam bahawa perbuatan menampal sebarang bahan seperti pelekat, poster dan sebagainya pada papan tanda jalan tanpa kebenaran,” katanya.


Individu Buat Trend ‘Panjat Papan Tanda’ Boleh Di Denda & Di Penjara

Menurut DBKU, sesiapa yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didakwa di bawah Undang-Undang Kecil 22(2) dan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM1,500 jika disabit kesalahan. Jelasnya, denda tambahan sebanyak RM3,000 juga akan dikenakan bagi kesalahan berikutnya atau penjara selama 9 bulan bagi setiap kesalahan berikutnya.

“Berikutan tindakan tidak sopan dan tidak senonoh oleh individu yang terlibat dalam kejadian ini, DBKU akan membuat laporan polis bagi siasatan lanjut di bawah undang-undang berkaitan ketenteraman awam,” katanya lagi.

Tingkah laku sedimikian dianggap pelanggar serius terhadap adab dan tatasusila masyarakat. Berkongsi lanjut, DBKU juga beranggapan bahawa tingkah laku sedemikian sebagai pelanggaran serius terhadap adab dan tatasusila masyarakat serta tidak akan dikompromi oleh pihaknya.

“DBKU menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga tingkah laku serta menghormati kemudahan awam demi kesejahteraan bersama. Kerjasama semua pihak amatlah diharapkan dalam memastikan bandar raya Kuching kekal sejahtera, bersih, selamat dan berdaya huni,” ujarnya.​

1763110895040.png
 
Back
Top
Log in Register