BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dua lelaki curi tabung masjid di penjara 6 bulan, denda RM 4 ribu

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201

14174892809252637-375478.jpg

14174892809252637-375479.jpg


Sumber info
 
376846-376846.jpg



KENYATAAN AKHBAR DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan syabas kepada pasukan Polis Selangor, khususnya kepada Ketua Polis Selangor serta Ketua Polis Daerah Shah Alam, atas tindakan pantas dan berkesan sehingga berjaya menahan pelaku-pelaku di sebalik kejadian kecurian tabung Masjid Seksyen 7, Shah Alam.

Baginda memandang serius kejadian kecurian tabung masjid ini, tanpa mengira siapa pun dalang di sebaliknya. Wang yang dikumpulkan menerusi tabung masjid adalah amanah umat Islam, hasil sumbangan ikhlas jemaah untuk kebajikan, pengimarahan rumah Allah serta membantu golongan yang memerlukan. Amanah ini tidak boleh sama sekali dikhianati atau disalahgunakan.

Baginda turut berasa sukacita kerana pelaku-pelaku yang terlibat telah berjaya ditangkap hasil kerjasama erat antara pihak polis, Ahli Jawatankuasa masjid dan jemaah setempat yang peka serta bertanggungjawab. Semangat kebersamaan dan keprihatinan masyarakat inilah yang menjadi benteng utama dalam memelihara kesucian institusi masjid.

Baginda mahu agar kesemua individu yang didapati bersalah akan menerima hukuman yang setimpal berlandaskan undang-undang.

Titah Baginda lagi, tindakan tegas adalah penting sebagai peringatan dan pengajaran kepada semua pihak bahawa sebarang perbuatan yang mencemarkan kesucian rumah Allah dan mengkhianati amanah umat tidak akan dipandang ringan.

Baginda berharap semoga kejadian ini menjadi iktibar bersama dan terus memperkukuh kesedaran masyarakat untuk menjaga, memelihara dan mempertahankan kemuliaan masjid sebagai institusi agama yang suci dan dihormati.

“PERTAHAN DAN SETIA KEPADA AGAMA ISLAM”
“BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT DAN NEGARA”

Istana Alam Shah

Kredit➡️ Selangor Royal Office
 
377609-377609.jpg


Remaja, 3 lelaki mengaku bersalah curi tabung masjid


SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri tabung Masjid Seksyen 7 di sini, pada 22 Febuari lalu.


Susulan pengakuan itu, tiga daripada empat tertuduh dijatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM4,000 atau tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Sementara itu, hukuman ke atas remaja tersebut akan dimuktamadkan selepas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengemukakan laporan akhlak pada 28 April ini.

Remaja terbabit turut dibenar ikat jamin sebanyak RM1,500.

Terdahulu, berdasarkan kertas pertuduhan, keempat-empat tertuduh pada pukul 4 pagi di dalam bangunan yang digunakan sebagai tempat beribadah telah didapati mencuri tabung kepunyaan masjid tersebut bernilai RM2,000.

Keempat-empat mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.


Dalam pada itu, peguam membuat permohonan penangguhan hukuman ketiga-tiga pesalah itu sebelum mengemukakan rayuan pengurangan hukuman di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, Majistret menolak permohonan berkenaan kerana mendapati ia tidak mempunyai asas. – MalaysiaGazette

#malaysiagazette
 
378361-378361.jpg


Hukuman sangat keterlaluan, kata Peguam


Kes ini menjadi tumpuan ramai selepas insiden kecurian tabung masjid yang tular di media sosial minggu lalu, menimbulkan pelbagai reaksi daripada masyarakat tempatan.

Tiga tertuduh terbabit dikenali sebagai:
● K. Tineshuaran, 26 tahun, pekerja pusat cuci kereta
● R. Nishanraj, 22 tahun, kelindan lori
● R. Danesh, 27 tahun, operator kilang

Selain itu, seorang remaja berumur 17 tahun turut terlibat dalam kes ini. Beliau mengaku bersalah tetapi hukuman terhadapnya ditangguhkan sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Keterangan Peguam
● Dalam prosiding mahkamah, peguam Ashrul Haikal dan Swinder Singh mewakili tertuduh. Mereka berhujah bahawa hukuman yang dijatuhkan terlalu berat memandangkan:
• Tabung yang dicuri telah dipulangkan semula.
• Jumlah wang yang hilang hanya sekitar RM200, jauh lebih rendah berbanding denda RM4,000 yang dikenakan.
• Menurut peguam, pihak mahkamah boleh mempertimbangkan hukuman alternatif yang lebih sesuai dengan nilai kerugian sebenar, terutamanya apabila tertuduh menunjukkan penyesalan dan telah memulangkan semula tabung tersebut.

Kronologi Kes

● Mahkamah mengambil kira faktor penyesalan tertuduh serta kembalinya tabung masjid dalam menjatuhkan hukuman penjara dan denda.

●Namun, pihak peguam tetap menegaskan hukuman yang dikenakan tidak sepadan dengan nilai kerugian sebenar, memandangkan kesalahan ini lebih bersifat kecil dan tiada unsur kekerasan.
 
Back
Top
Log in Register