BTC USD 86,656.4 Gold USD 4,353.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Dua lelaki koma, terbabit pergaduhan kerana 'Rina'

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,546
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,546
Reaction score
1,681
Points
201
Dua lelaki koma, terbabit pergaduhan kerana 'Rina'

Jasin: Dua lelaki kini dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai dipukul menggunakan tangan dan kayu dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan individu di Jalan Gapam di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, kedua-dua mangsa berusia 21 dan 28 tahun mengalami kecederaan serius di kepala dan dikejarkan ke Hospital Jasin sebelum dipindahkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berusia 21 tahun di Balai Polis Bemban pada 5.05 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati pergaduhan berlaku antara dua kumpulan lelaki berpunca daripada rasa cemburu yang turut membabitkan wanita dikenali sebagai Rina.

"Beberapa lelaki dipercayai memanggil adik lelaki (remaja) kepada mangsa berusia 28 tahun (kerja pemandu lori) dan memintanya supaya memulangkan beg duit milik wanita berkenaan.


"Abangnya datang membantu (untuk bela nasib remaja itu) namun berlaku pergaduhan dengan beberapa lelaki lain yang menyebabkan dia dan seorang lagi lelaki parah, dipercayai dipukul dengan kayu dan tangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lee berkata, seorang daripada mangsa turut menjalani pembedahan selepas mengalami pendarahan dalam otak, selain patah tangan dan kaki kiri.

Beliau memaklumkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran lokasi kejadian berjaya merakam kelibat beberapa individu yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu dan usaha mengesan mereka giat dilakukan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan 148 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dan merusuh.
 


7 suspek kes gaduh di Bemban direman seminggu



JASIN: Tujuh suspek termasuk seorang wanita direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan berhampiran sebuah perhentian bas di Jalan Gapam di sini, semalam.

Suspek terdiri daripada seorang mekanik lori, penyambut tetamu hotel, operator kilang makanan, pembantu kedai makan, pekerja katering, pekerja sendiri serta seorang penganggur berusia antara 20 hingga 29 tahun.

Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, perintah reman hingga 30 Jun ini dikeluarkan Majistret Mazana Sinin selepas dipohon pegawai penyiasat mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi melengkapkan siasatan.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kecederaan parah dan merusuh dengan batang kayu dan menyebabkan kecederaan.

“Polis akan menjalankan siasatan rapi dari segenap aspek termasuk motif kejadian sebelum kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati semua suspek mengaku terbabit dalam kejadian itu bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas dikenali sebagai ‘Alif’ dan sedang dikesan polis.

Terdahulu, video berdurasi 58 saat yang dipercayai memaparkan kejadian pergaduhan itu tular di media sosial.

Dalam perkembangan sama, Lee berkata, dua mangsa berusia 28 dan 21 tahun yang parah dalam pergaduhan itu dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.

“Mangsa berusia 28 tahun kini dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala seorang lagi ditempatkan di wad,” katanya.

Artikel Buletin Tv3
 


Kesian kat awek dia
 
padu.....

---------------------
Suspek terdiri daripada seorang mekanik lori, penyambut tetamu hotel, operator kilang makanan, pembantu kedai makan, pekerja katering, pekerja sendiri serta seorang penganggur berusia antara 20 hingga 29 tahun
 
Back
Top
Log in Register