BTC USD 75,649.4 Gold USD 4,330.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki mabuk cetus pergaduhan dalam kedai serbaneka

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,485
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,485
Reaction score
1,681
Points
201


Lelaki mabuk cetus pergaduhan dalam kedai serbaneka


PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai berada dalam keadaan mabuk mencetuskan pergaduhan di dalam sebuah premis di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 3.26 petang.


“Situasi tersebut menyebabkan berlakunya pergaduhan antara kedua-dua pihak. Pihak polis turut mengesan satu rakaman video berkaitan insiden itu yang kini tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, permohonan arahan meneruskan siasatan (OTI) akan dibuat bagi tujuan siasatan lanjut dengan suspek serta saksi yang terlibat akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, saksi yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222 atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Muhamad Shahiren Ibrahim di talian 019-569 3864.

Terdahulu, tular di media sosial dua lelaki sedang bergelut di hadapan kaunter bayaran sambil disaksikan beberapa pelanggan lain yang merakam insiden berkenaan dalam kedai serbaneka.

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register