hiduprakyat
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,254
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 26,254
- Reaction score
- 1,661
- Points
- 201
TTC...PASUKAN ELIT PENJARA MALAYSIA!
Tak tahulah sama ada anda perasan atau tidak, setiap kali Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke mahkamah, beliau akan diiringi wadar dan pegawai penjara yang memakai uniform lengkap penjara dengan beret merah di kepala.
Dulu masa Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah pun sama, kelibat si beret merah sentiasa mengawasinya.
Baik pada mereka yang belum tahu, meh sini wartawan jenayah nak cerita hehehe.
Pegawai dan wadar yang memakai beret merah itu adalah daripada pasukan Trup Tindakan Cepat atau lebih dikenali sebagai TTC, sebuah unit elit dalam Jabatan Penjara Malaysia.
Bila dah nama elit tu maknanya pemilihan untuk masuk ke pasukan tersebut sangatlah ketat dan bukan calang-calang wadar atau pegawai yang boleh terpilih menyertainya.
Saya sangat bertuah kerana antara wartawan terawal yang berkesempatan mewawancara dan seterusnya mendekati pasukan ini.
Tugas mereka bukan saja di dalam penjara tetapi juga di luar penjara seperti yang kita selalu tengok mereka mengiringi banduan berprofil tinggi ulang alik mahkamah.
Pegawai dan anggota TTC dilatih khas dalam tempur tanpa senjata, teknik pertempuran jarak dekat atau Close Quarter Battle (CQB), pengendalian bahan letupan dan menyelamat tebusan.
Semua ini dijalankan dengan kerjasama pasukan komando polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dahsyat!
Syarat nak masuk ke TTC lebih kurang sama dengan syarat nak masuk komando tau. Latihan yang mereka terima pun hampir sama.
Untuk rekod, TTC lah yang membawa balik 16 anggota kumpulan pengganas yang terlibat dalam tragedi pencerobohan berdarah di Lahad Datu menaiki pesawat untuk diadili di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Mereka juga yang mengawal tahanan pengganas Sulu di beberapa buah penjara dekat Sabah pasca pencerobohan tersebut.
Jadi kalau korang terserempak atau berhadapan dengan wadar pakai beret dan lanyard merah tu, janganlah cuba-cuba nak 'test' mereka, bukan apa, takut LUNYAI je mereka kerjakan kau.
Nanti senang-senang saya tulis lagi pengalaman dengan Jabatan Penjara ni ye.
Chiao!
Kredit