combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Baja Organik Keladi Bunting Beri Manfaat Ekonomi Kepada Komuniti Di Dalat
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah (kanan) melihat melihat baja organik yang dihasilkan menerusi mengeringkan larva lalat Black Soldier Fly ketika melawat pusat ternakan lalat Black Soldier Fly pada Majlis Pra Pelancaran Pusat Pemprosesan Baja Dalat, hari ini.
Projek pemprosesan keladi bunting menjadi baja organik mewujudkan sumber pendapatan baharu buat penduduk, khususnya golongan wanita di daerah Dalat, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah.
Beliau berkata golongan wanita yang terlibat dalam projek itu bukan sahaja bekerja di pusat pemprosesan baja, malah turut menjana pendapatan menerusi aktiviti mengutip keladi bunting di sungai sebelum menjualnya sebagai bahan mentah di pusat berkenaan.
Beliau berkata projek itu memanfaatkan teknologi lalat Askar Hitam atau Black Soldier Fly untuk mengitar semula bahan buangan organik termasuk keladi bunting bagi menghasilkan baja organik berkualiti tinggi serta makanan ternakan yang kaya dengan protein.
“Inisiatif ini mengubah tumbuhan invasif yang sebelum ini menjadi masalah kepada komuniti sungai kepada sumber ekonomi yang memberi manfaat kepada penduduk setempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Baja Organik dan Makanan Ternakan di Dalat dekat sini hari ini.
Fatimah berkata projek itu kini mencapai kejayaan fasa pertama menerusi pembinaan pusat pemprosesan, penyediaan peralatan, stok awal serta pelaksanaan operasi di Kampung Kekan, Dalat.
Inisiatif itu, menurut Fatimah bukan sahaja membantu membersihkan sungai daripada tumbuhan yang tumbuh secara agresif, tetapi juga membuka peluang pendapatan kepada penduduk terlibat dalam aktiviti pengumpulan dan pemprosesan bahan mentah.
Beliau berkata sepanjang tahun ini, sebanyak 3,227 kilogram (kg) keladi bunting berjaya dikutip sebagai bahan mentah untuk penghasilan baja organik dengan bayaran 40 sen bagi setiap kilogram diberikan kepada mereka yang mengutip tumbuhan itu.
Fatimah berkata sebanyak 804 kg baja organik dihasilkan pada tahun lepas dengan hasil jualan berjumlah RM2,400 manakala bagi tahun ini, sebanyak 676 kg baja telah dihasilkan setakat ini dengan nilai jualan mencecah RM2,119.
Terdahulu, Fatimah melancarkan pusat pemprosesan itu yang turut berfungsi sebagai ladang pembiakan lalat Askar Hitam, hasil kerjasama kerajaan negeri dan Petronas dalam usaha membangunkan kawasan luar bandar.
Loading…
www.bernama.com