BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasil Kebun, Ternakan beri Manfaat Komuniti Dapatkan Sayur, Telur Ayam segar

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,698
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,698
Reaction score
97
Points
80
eb4936314d1e3c7b488a1ff60a0e9a2969df0c2671548


Kebun tepi rumah yang diusahakan Mohd Khaironnie Ng Mohd Raisman Ng bukan sahaja memberikan manfaat kepada keluarganya bahkan lebihan hasil turut dikongsi bersama komuniti setempat.

Pekerja swasta yang menetap di Kampung Bukit Durian, Ayer Molek itu berkata kebun sayur itu diusahakan di tanah seluas kira-kira 30 meter persegi sejak 10 tahun lepas.

"Ia bermula sebagai minat dan hobi pada waktu lapang, dengan tujuan utama untuk memberikan pendedahan kepada empat anak saya berusia 7 hingga 15 tahun untuk mengenal spesies tumbuhan dan serangga yang berada di kebun.

"Bagaimanapun, kebun berkenaan mula dibesarkan sedikit demi sedikit, dan saya kini mempunyai kira-kira 1,200 lubang hidroponik di tanah dengan pelbagai sayur berdaun, dan mampu menghasilkan antara 100 hingga 300 kilogram sayur yang dituai sebulan sekali," katanya kepada Bernama, di sini.

Mohd Khaironnie, 41, berkata selain tanaman pelbagai sayur secara hidroponik seperti pak choi, kangkung, sawi hijau, salad dan lain-lain, dia turut  menanam pokok terung, bendi dan jagung di atas tanah dengan menggunakan 150 tayar terpakai sebagai pasu.

"Seboleh-bolehnya, saya cuba menggunakan kaedah tanaman organik dengan kawalan serangga menggunakan cuka kayu, selain turut menanam pokok bunga bagi menarik kehadiran serangga pemangsa yang akan memakan makhluk perosak," katanya.

Dia turut menternak kira-kira 50 ekor ayam penelur jenis Lohmann Brown, yang mampu menghasilkan antara 40 hingga 50 biji telur setiap hari, selain 50 ekor ayam kampung untuk mendapatkan daging segar.

"Bagi mengelakkan reban ayam berbau, saya menggunakan sekam padi dan ditukar setiap dua bulan sekali, dan sekam padi berkenaan dapat dijadikan baja kompos untuk kegunaan sebagai baja bagi tanaman yang ditanam di dalam pasu tayar.

 
Back
Top
Log in Register