BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

bahaya syirik

lan4

Freshie
Messages
43
Joined
May 31, 2006
Messages
43
Reaction score
1
Points
6
Pesanan dari ustaz Harun Din.....



Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu... Antara
yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan
sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah
persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa
" segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram... ciri-cirinya
menyerupai berhala... dan melawatnya juga adalah haram.. "
Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan
undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi
sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak
mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak
mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet
tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2
yang boleh diambil...
Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...
Beliau berkata...

" bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah
mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar
zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..."

dan kata beliau lagi...
" walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau
tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa
tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini
ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan...
" Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala
kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar
ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. "
Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik...
Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa
mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan
dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah
undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. .
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH
JUGA ADALAH ZALIM )!

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku untuk menyampaikan segala
maklumat diatas kepada kawan2 sekalian.... Aku berterima kasih kepada
kawan2 semua kerana sudi membaca email ini sehingga habis.. Semoga nasihat2
daripada Ust. Harun Din di atas kite renungi bersama dan ambil iktibar.
 
bab tugu tu teringat aku kat kelantan dulu ada patung kijang. nama tempat tu kat bulatan Kijang. tapi selepas kerajaan skrg ambilalih patung tersebut dihapuskan.

Aku juga perhati org skrg suka gantung mcm2 patung kat cermin kereta. itu pun x boleh tu. Elok x yah lah. malaikat rahmat x masuk dekat kereta tu....
 
tu la kan dulu pun kat terengganu pun ade jgk patung penyu...patung tu jgk dah dihapuskan..
 
Perghhh dah ada fatwa tu... emm camne nak buat ekkk? Takpe le Kerajaan mesti da alert menda2 ni punya, tunggu jela tindakan plak. Beso wooo dosa syirik ni, tak diampunkan Allah, jangan memain... Aku yg jahil agama ni pon takut bila dengar :D
 
ye hapuskan segala patung patung... :D anak patung barbie sekali pon... sexy abis tuh.. :D
 
aku post satu sebagai tanda sokongan.. kira aku menyampaikan gak la nih, dah lepas tanggungjawab nih. hehe..;)
 
bab tugu tu teringat aku kat kelantan dulu ada patung kijang. nama tempat tu kat bulatan Kijang. tapi selepas kerajaan skrg ambilalih patung tersebut dihapuskan.

Aku juga perhati org skrg suka gantung mcm2 patung kat cermin kereta. itu pun x boleh tu. Elok x yah lah. malaikat rahmat x masuk dekat kereta tu....

bukan saje kijang , bulatan pun dah takde skang ... dah jadi simpang 4 dah ...

patung ni kalau di jadikan perhiasan memang tak tapi kalau patung permainan takde masalah
 
1000497248.jpg


Hati-Hati dengan Amalan Syirik

Rasulullah SAW bersabda:
أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ الإِشْرَاكُ بِاللَّهِ
“Dosa besar yang paling besar adalah menyekutukan (sesuatu) kepada Allah.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 6919)

Syirik bukan sekadar dosa besar, tetapi ia merosakkan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT. Jauhi segala bentuk perbuatan yang mengundang syirik, sama ada yang nyata atau tersembunyi.

Mari bersama menjaga aqidah kita dengan berpegang teguh kepada ajaran Islam yang murni. Ingat, Allah adalah satu-satunya tempat kita bergantung dan beribadah.

#HatiHatiSyirik #TeguhAqidah #JauhiSyirik #MalaysiaMadani #JAKIM
 
Back
Top
Log in Register