BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Bagi pandangan sikit..

Assalamu'alaikum w.b.t

Saya nak ucapkan terima kasih
Kepada yg sudi baca luahan hati saya
Ramai yang doakan saya
Ada yg pm, wassap memberi idea, kata2 semangat
Ramai juga yang bagi bantuan
Terima kasih banyak²
Semoga Allah balas jasa baik tuan²

Sebenarnya bukan niat saya nak minta bantuan
Atau nak minta sedekah
Dan apa yang saya cerita semuanya kisah benar
Bukan rekaan atau khayalan semata-mata
Boleh datanh jumpa saya kalau nak

Tujuan saya bukak thread ni sekadar nak luah perasaan je
Tapi alhamdulillah, ramai yang bantu
Tak sangka pula..

UPDATE :
Memang saya nak meniaga nasi lemak
Tapi bila bincang dgn wife
Dan setelah buat sendiri semalam
Kami ambil keputusan...
Cancel buat nasi lemak
Memang bukan kepakaran saya
Tak sedap nasi lemak saya buat
Hihihi

Jadi start hari ini
Saya buat balik delivery nasi ayam
Beza dengan sebelum ini
Kali ini saya buat ayam hainan shj (rebus)
Tambahan menu puding karamel
Konsep order hari ini utk makan esok
Jadi boleh elakkan nasi tak habis

Tengah beli barang
Order takde masuk lagi
Nanti saya update
Dan saya letak gambar
 
Alhamdulillah sy follow kisah tt. moga tt terus sukses dalam apa jua bidang yg tt ceburi. inshaa Allah moga ada rezeki tt & sekeluarga.
 
Ni contoh iklan saya kat whatsapp group setempat..

=========

*DELIVERY NASI AYAM HAINAN*

√ Original chinese recipe
√ Rasa yang unik tapi sedap
√ Guna herba cina, bagus untuk mata, peredaran darah, tenaga tambahan.
√ Ayam dikukus dengan herba cina
√ Nasi lembut & wangi (beras siam)
√ Ayam juicy, lembut sampai ke tulang
√ Sup herba hainan
√ Kicap blackpepper & sos cili hainan (Bukan pakai kicap cair + sos pencicah)

PERCUMA :
• Puding karamel (hingga 31hb Dis)
• FREE lauk ipoh bean sprout

==========

HARGA :
√ Biasa - RM5
• Ayam 2kg potong 14
• Portion nasi biasa² saja

√ Special - RM8
• Ayam 2kg potong 10
• Portion nasi banyak

√ Air buah gelas besar ( gelas 1 liter )
• RM 5 segelas
• Buah oren & tembikai sahaja

*Charge delivery : rm1 - rm3 ikut lokasi*

==========

• Order hari ini untuk makan esok
• Tiada minimum order
• Delivery di Seri Iskandar sahaja
• Luar Seri Iskandar ada minimum order & ada tambahan charge penghantaran
• Untuk order melebihi 30 pax, sila bagitahu 2-3 hari lebih awal

==========

Whatsapp 01116769266 untuk order atau klik http://wasap.my/601116769266/Order+nasi+ayam+hainan

Terima kasih
 
Ada idea tak untuk penambahbaikan..
Iklan whatsapp tu

Terpaksa buat order hari ni utk esok
Andaikata sorang je order,
Saya terus buat sekor ayam (10 pax)
9 yang lebih tu bagi pada jiran² & member² sebagai tester
 
Last edited:
Ni contoh iklan saya kat whatsapp group setempat..

=========

*DELIVERY NASI AYAM HAINAN*

√ Original chinese recipe
√ Rasa yang unik tapi sedap
√ Guna herba cina, bagus untuk mata, peredaran darah, tenaga tambahan.
√ Ayam dikukus dengan herba cina
√ Nasi lembut & wangi (beras siam)
√ Ayam juicy, lembut sampai ke tulang
√ Sup herba hainan
√ Kicap blackpepper & sos cili hainan (Bukan pakai kicap cair + sos pencicah)

PERCUMA :
• Puding karamel (hingga 31hb Dis)
• FREE lauk ipoh bean sprout

==========

HARGA :
√ Biasa - RM5
• Ayam 2kg potong 14
• Portion nasi biasa² saja

√ Special - RM8
• Ayam 2kg potong 10
• Portion nasi banyak

√ Air buah gelas besar ( gelas 1 liter )
• RM 5 segelas
• Buah oren & tembikai sahaja

*Charge delivery : rm1 - rm3 ikut lokasi*

==========

• Order hari ini untuk makan esok
• Tiada minimum order
• Delivery di Seri Iskandar sahaja
• Luar Seri Iskandar ada minimum order & ada tambahan charge penghantaran
• Untuk order melebihi 30 pax, sila bagitahu 2-3 hari lebih awal

==========

Whatsapp 01116769266 untuk order atau klik http://wasap.my/601116769266/Order+nasi+ayam+hainan

Terima kasih

tuan..iklan kena ubah...biar iklan bila org baca kecur air liur...

cth : ingin merasai nasi ayam yg tersedap abad ini? Tak makan pasti menyesal!..Boleh rasa kelembutan daging ayam yg diperap dengar herba yg terbaik dgn jus yg meleleh..melimpah dgn rasa dan aroma herba yg wangi.Nasi ayam yg lembut bila dimakan tanpa sedar kita akan tambah berkali kali.Gabungan rasa ayam dan rasa herbanya pasti menyihatkan badan.Pastinya mata anda terpejam dan menggelengkan kepada semasa menikmati nasi ayam ini...

hehe...
 
Ada idea tak untuk penambahbaikan..
Iklan whatsapp tu

Terpaksa buat order hari ni utk esok
Andaikata sorang je order,
Saya terus buat sekor ayam (10 pax)
9 yang lebih tu bagi pada jiran² & member² sebagai tester
Kalau ada gambar letak gambar dlm iklan
 
Back
Top
Log in Register