BTC USD 81,725.8 Gold USD 4,133.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arah matahari terbit

mungkin soalan TT berdasarkan kenyataan nih
Saya tak berani menghebahkannya pagi tadi kerana saya sendiri tidak sempat berbuat apa2 sebagai bukti secara langsung....
tiada rekod yang sempat dirakam samada berupa foto mahupun video...
Ya....
pada hari ini matahari di kawasan Nusantara lebih2 lagi di sekitar semenanjung tanah Melayu,
telah kelihatan terbit dari arah selatan ~ barat ....
saya pasti dari pihak anda ada yang menyaksikan peristiwa ini tetapi bingung untuk menceritakan pada kawan2 atau sahabat2 risau diejek & diketawakan...
ya memang benar.....
saudara2 saya dari negeri adat pepatih mengesahkannya,
ahli2 terhormat dari pusat pemerintahan Putrajaya mengesahkannya,
tapi kenapa...
kenapa tiada langsung liputan di media.....
anda sendiri akan tahu kenapa....
Tidak kah anda perasan pada hari ini dari arah manakah matahari terbit ??? !!! ???
 
guna la kompas .. senang diperolehi ..seperti maidin
 
rasa normal lah bumi memang berputar macam tu. kerja saya pasang solar jadi tengok arah matahari terbit memang memang salah satu keperluan penting untuk kerja saya. kalau arah matahari terbit ada bagunan atau bukit awal tahun kita akan tengok matahari terbit belah kiri 6 bulan lepas tu akan terbit belah kiri pula.
 
Habih tu..camner nak tau arah kiblat sebenar nie...takan main agak2 jer...bleh geng yang arif tolong bg panduan..?:-?
 
kena guna kompas atau gps. guna matahari cuma untuk confirm arah yang betul bila matahari tepat atas kaabah itu pun hari tertentu ja atau guna untuk kes darurat.arah kiblat umum bukan perlu ukuran darjah tepat macam sukat tanah tu.
 
klo nk gne matahari terbenam sbg pnduan tuk mngetahui arah kiblat, JAKIM (2001) ade mngeluarkn jadual anggarn arah kiblat mgunakn arah matahari terbenam. iaitu:

Bulan...........Anggarn arah kiblat dari matahari terbenam
Januari.............45 darjah ke kanan
febuari.............40 darjah ke kanan
mac.................25 darjah ke kanan
april...............15 darjah ke kanan
mei.................05 darjah ke kanan
jun.................01 darjah ke kiri
julai...............01 darjah ke kanan
ogos................05 darjah ke kanan
september...........15 darjah ke kanan
oktober.............30 darjah ke kanan
november............40 darjah ke kanan
disember............45 darjah ke kanan

bleh gune pmbaris geometri tuk daptkn drjah tu..
 
nni aku petik dari ppz..
PANDUAN MENENTUKAN ARAH KIBLAT

Terdapat beberapa kaedah bagi menentukan arah kiblat seperti berpandukan kepada matahari selain daripada menggunakan kompas penunjuk. Panduan ini amat perlu pelajari kerana mungkin pada suatu masa kita akan berhadapan dengan situasi yang terdesak seperti di tengah-tengah hutan belantara, pada malam yang gelap gelita, atau pada musim cuaca yang tidak menentu maka bagaimakah kita hendak menentukan arah kiblat?

Di bawah ini beberapa panduan yang boleh digunakan bagi tujuan menenjukan arah kiblat :


Kaedah 1 :
Pada waktu malam yang gelap maka carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik (Badabur Orion). Namun kaedah ini memerlukan kepada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 2 :
Dengan memandang ke arah langit pada malam gelap gelita dan carilah bintang Qutbi (Polaris) . Inilah satu-satunya bintang paling tepat arah utara bumi. Dengan berpandukan bintang ini, arah kiblat boleh dicari tatapi kaedah ini juga memerlukan pada pengetahuan ilmu bintang.

Kaedah 3 :
Jika pada waktu siang hari bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.

Kaedah 4 :
Dengan menggunakan posisi zawal matahari di Kaabah. Kaedah ini adalah berpandukan kepada kedudukan matahari yang akan berada tepat pada suatu tempat. Bagaimanapun kaedah ini hanya boleh berlaku dua kali sahaja dalam setahun dalam pergerakan matahari.

Sekali apabila matahari bergerak menuju titik utara iaitu pada 28 Mei setiap tahun dan sekali lagi pada 16 Julai apabila matahari kembali ke ekuinok.

Penzawalan matahari dengan Kaabah pada waktu hampir zohor akan menyebabkan sebarang objek menjadi tegak di seluruh dunia dan ianya bersamaan dengan arah kiblat.

Mengikut hisab waktu berkenaan ialah 16:16 tengahari watu di makkah dan bersamaan 5:16 petang waktu di Malaysia. Pacakkan sebarang tiang di kawasan yang lapang untuk menentukan arah kiblat.

Tepat jam 5:16 petang bayang matahari yang jatuh itu adalah bertepatan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari jatuh di sebelah barat maka bayangnya adalah disebelah timur,jadi arah kiblat ialah arah yang berlawanan dari arah timur iaitu sebelah barat.
 
search ekuinok...

matahari x tepap arah dia dari bumi, 2 kali jer sthn
 
Back
Top
Log in Register