BTC USD 77,677.1 Gold USD 4,393.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Malaysia ke arah Ruwaibidhoh?

The Room

Legendary Member
gem
Messages
10,980
Top Poster #2
Joined
Feb 18, 2018
Messages
10,980
Reaction score
1,294
Points
206
Perkara Ini Serius - Jom Kita Bincang

1. Faiz lulusan SPM….dijemput hadir ke sebuah sekolah menengah untuk bercakap mengenai bidang keusahawanan.

2. Faiz layak bercakap dengan budak2 level bawah dari dia. Budak2 sekolah rendah dari Darjah 1 hingga Darjah 6.

3. Faiz juga ada kapasiti untuk bercakap tentang keusahawanan kerana dia sendiri seorang usahawan.

4. Rupanya itu satu kesalahan dan guru besar telah ditukar kerana jemput Faiz.

5. PMX berkelulusan Ijazah Kesusasteraan Melayu.

6. PMX layak untuk jadi penyair, penyajak atau apa2 yang berada dalam bidang itu. Sesuai kelulusan beliau.

7. Tetapi PMX dipilih untuk menjadi PM dan PMX melantik PMX juga sebagai Menteri Kewangan.

8. Walaupun kelulusan tak hebat dan tak setaraf bidang, PMX dijemput untuk menyampaikan ucapan disana sini di depan orang2 yang jauh lebih tinggi pendidikan dari beliau.

9. Mat Sabu pelajar Diploma Seni Kulinari ITM yang tidak habis belajar kerana dipecat. Dilantik menjadi Menteri Pertanian.

10. Menjadi ketua pentadbir sebuah kementerian yang mempunyai orang2 jauh lebih berpendidikan darinya.

11. Ianya tidak menjadi satu kesalahan dan PMX tidak ditukar kerana melantik orang yang tidak layak menjadi menteri. Guru besar kalau buat salah. Kena tukar…

12. Siti Nurhaliza, setahu saya dia juga tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi.

13. Namun dia dilantik sebagai Profesor Adjung di UiTM. Sedangkan M. Nasir ada dua Ijazah Kehormat Doktor.

14. Adam Adli apa yang saya tahu dia pernah digantung pengajian kerana kelakuan2 yang tidak sepatutnya seorang penuntut lakukan.

15. Pelajar yang melanggar Akta Universiti dan macam2 lagilah contoh yang tidak baik.

16. Hari ini dilantik menjadi Timbalan Menteri yang jaga universiti. Naib Canselor dan Pensyarah hari ini berada dibawahnya. Termasuklah orang yang mengambil tindakan kepadanya dulu.

17. Sebenarnya kita sedang menghantar isyarat yang salah kepada generasi2 kita yang akan datang.

18. Kita sedang memberi teladan yang tidak sepatutnya kepada mereka.

19. Kita sedang menunjukkan kepada mereka ilmu tidak penting. Dan kita merendahkan martabat orang2 yang belajar tinggi.

20. Dengan meletakkan mereka dibawah orang yang tiada pendidikan. Itu satu penghinaan secara halus.

21. Sudahlah generasi hari ini kurang berminat untuk belajar. Mereka rasa tak perlu belajar tinggi untuk cari duit. Kerana cari duit zaman hari ini mudah katanya. Boleh bawa grab, boleh main e sport dan bla bla bla.

22. Tak lulus tak mengapa, boleh jadi menteri…

23. Jadi penyanyi ok, boleh dapat gelaran profesor.

24. Jadi pejuang jalanan lagi baik, kerana boleh jadi Timbalan Menteri.

25. Ini semua teladan yang sangat tidak bagus…..

26. Akhirnya satu hari nanti kita akan mewarisi negara ini kepada orang2 yang kurang ilmu.

27. Itulah pendapat saya tentang kepentingan ilmu. Saya tidak pasti apa pendapat anda tentang ilmu. Jika boleh berkongsi kita sama2 bincang.

Mohd Faisal
 
IMG_9868.jpeg


Copy paste
Credit to owner
 
IMG_9873.jpeg

Di terangkan juga anti-intellectualism.
Ada kautan dgn ruwaibidhoh
 
Back
Top
Log in Register