BTC USD 84,537.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Arah matahari terbit

zaids

Fun Poster
Messages
127
Joined
Feb 18, 2010
Messages
127
Reaction score
10
Points
15
Salam semua,

Saya rasa macam arah matahari rumah saya dah lain skit..sebab sebelum ni saya set kiblat saya berpandukan jatuhnya bayang2 dari pancaran matahari pagi..adakah ini cuma perasaan saya?

Bagi sesiapa yg kelapangan, saya perlukan bantuan saudara2 di CG disini utk check balik arah matahari terbit di rumah saudara2 sekalian.

Terima kasih :)
 
bro ... mane leh arah kiblat ikut matahary .... dalam setahun cuma 2 kali je leh ikut matahary

Arah Kiblat Berpandukan Kaedah Terbenam Matahari Salah - ILIM

KOTA BAHARU, 8 Okt (Bernama) -- Umat Islam yang menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah terbenam matahari tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada matahari terbenam.

Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Paimuzi Yahya berkata persepsi umat Islam dalam menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam itu wajar dihapuskan dan perlu mengikuti ilmu falak syarie sebenar sebagaimana disahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Mengikut kajian ilmu falak, terdapat dua hari iaitu pada 28 Mei dan 16 Julai sahaja dalam setahun, kedudukan matahari terletak di tengah-tengah Kaabah, yang boleh dijadikan panduan untuk menentukan kiblat umat Islam ketika bersembahyang.

"Untuk tujuan itulah ILIM diberi tanggungjawab melaksanakan aktiviti menjurus kepada usaha menghapuskan persepsi salah masyarakat tentang ilmu falak itu mengikut hukum Islam sebenarnya," katanya kepada Bernama selepas menutup Kursus Falak (Qiblat) di sini, Khamis.

Kursus anjuran Jakim dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK); Jabatan Mufti Kelantan (JMK); Jabatan Agama Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIAK); dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) disertai hampir 100 peserta terdiri kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan.

Paimuzi berkata kebanyakan masjid dan surau dan premis hotel, dan kediaman peribadi umat Islam di negara ini masih tidak menggunakan kaedah yang betul dalam menentukan arah kiblat.

"Jika persepsi yang ini tidak dihapuskan, umat Islam akan terus berada dalam kesilapan hingga ke generasi akan datang.

"Atas dasar inilah kita mahu peserta kursus menjadi perunding atau petunjuk dalam menentukan arah sebenar kiblat, berpandukan ilmu yang diperoleh daripada kursus ini," katanya.
 
Last edited:
mase saya pindah dulu saya compare ikut matahari dan ikut compass..same je..cume pagi tadi saya cek pokok bendi..tgk bayang2 tu dah lari..

bole sertakan info tentang dalam setahun bole tgk 2 kali je ikut matahari tu?

:)
 
bro ... mane leh arah kiblat ikut matahary .... dalam setahun cuma 2 kali je leh ikut matahary

yaa...
sbb matahari mmg terbit dari timur tp x tepat tmpat terbitnye..
terbit still dr timur tp kdg2 kekanan sedikit,kekiri sedikit..tp still timur..cume xtetap darjah2 die..tp ade 2 hari tu dlm setahun tepat dan boleh digunakan sbagai kiblat..
 
takleh guna jarum kompas sbg panduan...

sbb magnetik bumi selalu berubah2....lagi satu kita hidup kat kwsan bermagnet..

lagi satu....ade tgk bintang orion di malam hari...3 bintang tali pinggang tu dikata menunjukkan arah kiblat..
 
den da quote tu pasal 2 kali dalam sethun

klu gune compas moden ... lepas follow bearing arah kiblat ... kene ke kiri sikit dalam 3 darjah .. lebih kurang mcm tu la ...
 
Last edited:
Salam semua,

Saya rasa macam arah matahari rumah saya dah lain skit..sebab sebelum ni saya set kiblat saya berpandukan jatuhnya bayang2 dari pancaran matahari pagi..adakah ini cuma perasaan saya?

Bagi sesiapa yg kelapangan, saya perlukan bantuan saudara2 di CG disini utk check balik arah matahari terbit di rumah saudara2 sekalian.

Terima kasih :)

wslm
kiblat ditentukan berdasarkan MATAHARI TERPACAK ARAH BETUL2 ATAS KA'BAH :">
 
kene ingat jugak..
matahari bukan ke timur - barat je..
dalam setahun kan ada 4 musim..
so die bleyh ke utara - selatan sedikit (cuba amik globe)
sebabtu ada kejadian ekuinoks kat malaysia
(Matahari boleh diperhati tepat di atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun)
oleh itu.. tak bleyh la nak gunakan matahari sebagai panduan.. ))
 
Back
Top
Log in Register