BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Selamatkan Tujuh Penumpang Bot Terkandas Di Pulau Dayang Bunting

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,159
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,159
Reaction score
346
Points
141

APMM Selamatkan Tujuh Penumpang Bot Terkandas Di Pulau Dayang Bunting​

74c6f3d08aa88f4a6fec934672947cf664cf8e7c9c522


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan tujuh individu selepas bot penumpang yang dinaiki mereka dilaporkan terkandas di perairan berhampiran Pulau Dayang Bunting dekat sini pagi tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata Pusat Penyelaras Penyelamatan Maritim (MRSC) Langkawi menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada 8.25 pagi yang memaklumkan kejadian itu.

Beliau berkata sejurus menerima maklumat, APMM menggerakkan Bot Kilat 6 dan Bot Penggalang 2 ke lokasi bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat.

“Pada 10.15 pagi, Bot Penggalang 2 berjaya mengesan kesemua mangsa dalam keadaan selamat di pesisiran Pulau Dayang Bunting.

“Dengan bantuan sebuah bot gentian kaca yang berada berhampiran, kesemua mangsa dipindahkan ke Bot Penggalang 2 sebelum dibawa ke Jeti APMM Langkawi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Romli berkata tindakan pantas anggota APMM membolehkan operasi bantuan dilaksanakan dengan segera dan berkesan, sekali gus memastikan semua mangsa berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata kesemua mangsa tiba di Jeti APMM Langkawi pada 10.55 pagi sebelum operasi ditamatkan pada 11 pagi dan kedua-dua aset kembali meneruskan rondaan di kawasan yang ditetapkan.

– BERNAMA

 
Back
Top
Log in Register