BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Pulau Pinang Tahan Bot Penumpang Tanpa Lesen

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,183
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,183
Reaction score
346
Points
141
7917d2274377b09b78e0b4428029ff865e7a201016496


Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot penumpang yang disyaki beroperasi tanpa lesen sah kira-kira 0.7 batu nautika di barat Pulau Jerejak, petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata penahanan itu dibuat hasil maklumat dan aduan awam berhubung aktiviti bot penumpang mencurigakan di sekitar perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, bot terbabit membawa sebanyak 28 penumpang terdiri daripada tujuh lelaki dan 19 perempuan, selain seorang kapten serta tiga kru yang kesemuanya merupakan warga tempatan.

"Bot penumpang itu juga disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 474(1), Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa dan mengendalikan bot tanpa lesen yang sah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bot penumpang berkenaan bersama dengan kru telah ditahan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Muhammad Suffi berkata APMM komited untuk terus memperketat penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna perairan serta pematuhan undang-undang maritim sentiasa dipatuhi.

 
Back
Top
Log in Register