BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Pulau Pinang Tahan Kapal Tangki Langgar Bot Nelayan

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

APMM Pulau Pinang Tahan Kapal Tangki Langgar Bot Nelayan​

35bd4da29b9a2e79a0bdf5ed76ff0ebe6a521e980bff6

Foto: APMM Pulau Pinang

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki di Butterworth, selepas dipercayai terlibat dalam insiden perlanggaran dengan sebuah vesel nelayan tempatan di perairan Bagan Datuk, Perak.

Pengarahnya Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kapal tangki itu dipercayai meneruskan pelayaran ke perairan Pulau Pinang selepas insiden tersebut kelmarin.

Beliau berkata pihaknya mengatur gerak aset bagi mengesan serta memintas kapal tangki itu susulan maklumat yang disalurkan Pusat Operasi Maritim (PUSOP) Perak.

“Kapal tangki terlibat berjaya dikesan dan ditahan pada kedudukan 1.2 batu nautika barat Butterworth dan membawa 23 kru terdiri daripada 13 warga Malaysia, lapan Indonesia dan dua Filipina.

“Siasatan awal mendapati kapal itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Seksyen 280 Kanun Keseksaan kerana mengemudi vesel secara gopoh atau cuai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, tiga kru kapal ditahan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat APMM Pulau Pinang untuk tindakan serta siasatan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register