Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,760
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,760
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, Kepten Maritim Kamal Mohamad menunjukkan gambar lokasi bot Vietnam yang ditahan pada sidang media di Pejabat Maritim Tok Bali hari ini.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah vesel nelayan asing (VNA) dari Vietnam yang menyamar sebagai bot nelayan tempatan dengan menggunakan nombor pendaftaran Terengganu serta memasang bendera negeri itu dan Jalur Gemilang.
Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata vesel berkenaan dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh aset APMM ketika rondaan di bawah Ops Damai, Ops Naga, Ops Pelantar dan Ops Tiris 4.0 pada 18 April lepas.
Beliau berkata ketika dihampiri untuk pemeriksaan, bot terbabit cuba melarikan diri selain bertindak agresif dengan membuang peralatan seperti tali, pukat dan tong ke laut serta enggan memberikan kerjasama walaupun diarahkan berhenti.
“Bagaimanapun, hasil tindakan pantas anggota operasi, vesel itu berjaya dipintas dan ditahan pada kedudukan kira-kira 125 batu nautika dari Muara Tok Bali,” katanya pada sidang media di Pejabat Maritim di sini, hari ini.
Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 13 kru warga Vietnam termasuk seorang tekong berumur 42 tahun berada di atas bot berkenaan, dengan kesemua mereka dianggarkan berumur antara 19 hingga 60 tahun.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati vesel itu disyaki menjalankan aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia tanpa kebenaran, selepas menemukan hasil tangkapan laut dianggarkan seberat 500 kilogram.
Nilai keseluruhan rampasan termasuk vesel, peralatan dan hasil laut dianggarkan mencecah RM1.2 juta.
Kamal berkata kesemua kru gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, manakala bot berkenaan dipercayai menggunakan nombor pendaftaran tempatan palsu bagi mengaburi pihak berkuasa.
Beliau berkata taktik penyamaran itu berjaya dikesan kerana perbezaan ciri fizikal bot, termasuk tulisan pada badan vesel yang berwarna merah berbanding tulisan putih pada bot tempatan.
APMM Kelantan Tahan Kapal Nelayan Vietnam Menyamar Bot Tempatan
penyamaran, vesel nelayan asing, APMM