BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Tahan Tiga Bot Penumpang Di Perairan Terengganu

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

APMM Tahan Tiga Bot Penumpang Di Perairan Terengganu​

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tiga bot penumpang atas pelbagai kesalahan di perairan Pulau Perhentian dekat sini dan Pulau Bidong di Kuala Nerus, pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Pengarahnya Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata ketiga-tiga bot tersebut, ditahan oleh anggota penguat kuasa ketika rondaan rutin menerusi Ops Iman, Ops Naga dan Ops Tiris.

Beliau berkata menerusi rondaan pada Jumaat, aset APMM iaitu Bot Perkasa 48 telah menahan dua buah bot penumpang di sekitar perairan Pulau Perhentian.

“Bot pertama ditahan pada kedudukan 9.09 batu nautika dari muara Kuala Besut pada 10.39 pagi manakala bot kedua ditahan pada kedudukan 10.9 batu nautika dari muara sama pada 12.04 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot-bot berkenaan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana beroperasi tanpa lesen yang sah, selain nakhodanya tidak memiliki perakuan kekompetenan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamiludin berkata menerusi operasi berasingan pada Sabtu pula, aset APMM iaitu KM Bagahak telah menahan sebuah lagi bot penumpang di sekitar perairan Pulau Bidong, selepas dikesan bersauh di kawasan taman laut dan disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 serta Akta Perikanan 1985.

“Bot berkenaan juga didapati menjalankan aktiviti perikanan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan iaitu lampu hijau 1,500 watt di bawah permukaan air,” katanya.

Beliau berkata susulan ketiga-tiga penahanan itu, tiga nakhoda warga tempatan berumur antara 23 hingga 33 tahun, ditahan untuk siasatan lanjut dan kesemua bot yang ditahan telah diiring masuk ke Jeti Maritim Negeri Terengganu untuk proses dokumentasi dan siasatan.

 
Back
Top
Log in Register