BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

APMM Terengganu Tahan Dua Bot Penumpang Tiada Lesen Sah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

APMM Terengganu Tahan Dua Bot Penumpang Tiada Lesen Sah​

c14fc3540f4e47845a81ecb6789288b26a201b2fbb361

3c6a01aff9c8df6fae7b55330cdecdd86a201b4427241

Kredit: APMM Terengganu

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua bot penumpang di perairan negeri itu kerana beroperasi tanpa lesen sah semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata bot pertama ditahan pada 12.40 tengah hari di kedudukan 27.6 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, manakala bot kedua pada 1.37 tengah hari di kedudukan 27.8 batu nautika dari lokasi sama.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati sebanyak 48 penumpang dan tiga kru warga tempatan berusia lingkungan 22 hingga 45 tahun berada di dalam kedua-dua bot tersebut.

"Bot pertama didapati melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana beroperasi tanpa lesen bot yang sah dan dikendalikan nahkoda tidak memiliki Perakuan Kekompetenan.

"Bot kedua pula didapati beroperasi tanpa lesen bot yang sah, namun pemeriksaan lanjut mendapati semua penumpang memakai peralatan keselamatan yang ditetapkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamiludin berkata kedua-dua bot dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Jika sabit kesalahan, pemilik bot boleh dikenakan denda, penggantungan lesen atau tindakan lain yang diperuntukkan oleh undang-undang.

 
Back
Top
Log in Register