BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Bincang Konflik Gaza, Ketegangan Di Asia Barat Dengan Pemimpin BRICS

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,760
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,760
Reaction score
289
Points
146

Anwar Bincang Konflik Gaza, Ketegangan Di Asia Barat Dengan Pemimpin BRICS​

9e37cd28de953529a7967f693da056746aa5fea27efc9

2138723eee6aff445952a187649f41a06aa5fe89ee77d

Kredit: FB - Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil kesempatan di sela-sela majlis makan malam bersempena dengan Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 untuk berbincang dengan beberapa pemimpin dunia mengenai pelbagai isu termasuk perkembangan geopolitik dunia.

Antara pemimpin ditemui ialah Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi, Presiden Indonesia Prabowo Subianto, Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev, Timbalan Perdana Menteri Uzbekistan Jamshid Kuchkarov.

Selain mereka, Anwar juga bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres serta Ketua Pengarah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) Ngozi Okonjo-Iweala.

“Bicara kami menyentuh perkembangan geopolitik dunia, khususnya konflik dan krisis kemanusiaan yang terus berlarutan di Gaza serta ketegangan di Asia Barat,” katanya dalam satu hantaran di media sosial beliau.

Beliau berkata keadaan itu menuntut kesatuan masyarakat dan pimpinan dunia untuk menghentikan pertumpahan darah dan mengusahakan penyelesaian yang adil serta berkekalan.

Anwar tiba di sini pada Jumaat untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-18 yang berakhir hari ini.

Perdana Menteri akan meneruskan lawatan kerjanya ke Keralam (nama rasmi baharu bagi Kerala), sebuah negeri terletak di Pantai Malabar, selatan India.

Ini merupakan lawatan kedua beliau ke India atas kapasiti sebagai Perdana Menteri, dengan lawatan pertama pada Ogos 2024.

 
Back
Top
Log in Register