BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar, Modi Bincang Perkembangan Terkini Asia Barat

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
418d5cfb5a9691b2ced491cb9539e17469bbfb4f16ea5

Kredit: FB Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berhubung dengan Perdana Menteri India Narendra Modi bagi membincangkan perkembangan terkini di Asia Barat.

Menerusi perkongsian di Facebook, Anwar berkata beliau berkongsi pendirian tegas dan konsisten Malaysia dalam mengutuk pengeboman oleh Israel terhadap Iran yang didukung Amerika Syarikat.

"Perbincangan kami bertumpu pada perkembangan mutakhir di Asia Barat yang kian memburuk, apatah lagi di bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi medan damai dan ketenangan,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata beliau dan Modi sepakat menyeru agar pertempuran segera dihentikan dan usaha digembleng untuk menjunjung suara damai, diplomasi dan dialog sihat.

Anwar berkata mereka turut sepakat bahawa Malaysia dan India mesti berganding bahu memperkukuh suara kolektif di semua pentas antarabangsa termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan BRICS.

Beliau berkata kerjasama padu itu menjadi semakin mendesak ketika dunia dirundung suasana ekonomi global yang kelam termasuk memberi kesan kepada aspek keterjaminan makanan.

“Insya-Allah, Malaysia dan India akan terus memperkukuh iltizam bersama demi keamanan sejagat,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register